Minyak enjin kapal punca pencemaran Pantai Cermin

Share

CYBERJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mendapati pencemaran di Pantai Cermin di Port Dickson, 12 Oktober lalu dipercayai berpunca dari minyak enjin kapal yang berlabuh di perairan berhampiran pantai Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, keputusan itu diperoleh pada 28 Oktober lalu hasil ujian dan analisa dijalankan JAS dan JKM.

Katanya, bagaimanapun kapal mana yang melakukan tumpahan minyak sehingga menjejaskan kepentingan banyak pihak terutama nelayan, masih dalam siasatan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Keputusan ujian tumpahan minyak itu sudah diserahkan kepada JLM untuk tindakan selanjutnya iaitu mengenal pasti kapal yang melakukan tumpahan minyak.

“JLM sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kapal yang berlabuh di lokasi berhampiran kerana terdapat beberapa kapal termasuk dari luar negara,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Polis tahan pemandu mabuk di PD

Terdahulu, pada 12 Oktober lalu, penduduk Port Dickson terkejut apabila Pantai Cermin bertukar menjadi ‘hitam’ akibat dicemari tumpahan minyak.
Tumpahan minyak sepanjang tiga kilometer (km) itu disedari orang ramai pada 11.30 pagi selepas mendakwa menghidu bau minyak kuat dari arah pantai.

Sebanyak 10 agensi terbabit dalam aktiviti pembersihan selama lebih seminggu manakala pantai berkenaan turut ditutup daripada orang ramai selama 10 hari.

Mengulas lanjut, Veerapan berkata, pihak berkuasa dijangka akan mengambil tindakan perundangan terhadap kejadian itu selepas menerima laporan penuh dan mengenal pasti pihak yang melakukan perbuatan itu.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana tiada seorang pun boleh melupuskan apa-apa bahan buangan,” katanya.

Warga emas ditahan memandu bawah pengaruh alkohol

Leave a Reply