Telatah Spontan SiPipi Comel, Tengah Khusyuk Baca Alif Ba Ta Tiba-Tiba [Video]

Benarlah orang kata, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kebanyakan ibu bapa kini telah menggunakan pendekatan untuk mendidik anak-anak yang masih kecil dengan mengaji iqra dan muqaddam di rumah.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Rini Rahman ada memuatnaik satu video yang memaparkan seorang anak kecil sedang membaca muqaddam sambil diperhatikan oleh atoknya.

 

Belajar baca muqaddam

Menerusi video berdurasi 1:10 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang lengkap memakai tudung berwarna hijau sedang ‘khusyuk’ membaca muqaddam sambil diberi tunjuk ajar oleh atoknya. Tetapi apa yang lebih mencuit hati netizen adalah telatah spontan anak kecil itu ketika pembelajaran tersebut.

Pada awalnya, kanak-kanak ini kelihatan sangat bersemangat dan memberi sepenuh tumpuan membaca muqaddam tersebut walaupun ada ketika bacaannya itu salah. Tetapi lama kelamaan tahap tumpuannya itu semakin berkurang sehingga pada satu tahap dengan selambanya dia berkata kepada atoknya bahawa dia sudah penat. Walaupun begitu, atoknya masih meneruskan bacaan sehingga habis dan anak kecil ini hanya menuruti sahaja. Tapi jika tengok reaksi muka yang ditunjukkan anak kecil ini memang lucu!

Comelnya!

Sumber: Rini Rahman

Kena ‘Pickup Line’ Di Twitter,Netizen Terhibur Jawapan Ringkas Puteri Bongsu YDP Agong

‘Si rambut kuning’ jahil bila cakap isu tulisan jawi – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker