‘Si rambut kuning’ jahil bila cakap isu tulisan jawi – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Share


GARA-gara jawi, hubungan kaum Melayu-Cina makin bermasalah. Gara-gara jawi ini juga tidak pasal-pasal seorang dua Melayu ultra kiasu ini boleh jadi murtad

Saya tak tahu nak kata apa dah. Benda kecil, tiga muka surat jawi semakin memisahkan dan menjarakkan kita terutama antara kaum Melayu dengan Cina. Tiga muka surat jawi dijadikan isu Islamisasi.

Selama ini kita belajar menggunakan huruf roman, boleh juga dikaitkan Kristian, tidak pula kita menjadi Kristian. Anak saya dan Melayu yang lain belajar bahasa Cina di SJKC, tidak pula mereka menjadi Buddha, Toism atau Konfusius.

Tiba-tiba bila kerajaan mengambil keputusan untuk belajar dan mengajar jawi sebanyak tiga muka di SJKC ditentang habis-habisan, seolah-olah kerajaan tidak tahu apa yang dibuat.

Tidak pula ada Melayu atau orang Islam bangun membantah proses pencinaan di SJKC. Tiba-tiba tiga muka surat jawi menjadi isu macam nak kiamat.

Apa yang puak-puak komunis ini takut sangat dengan jawi tiga muka. Lebih menghairankan, Melayu-Melayu yang bersubahat dengan komunis ini pun turut terikut sama menentang jawi.

Keadaan negara semakin gawat, hubungan kaum Melayu-Cina semakin renggang. Sudah tentu kempen Buy Muslim First (BMF) akan semakin rancak disebabkan oleh sikap komunis ini yang tidak sedar diuntung. Begitu juga dengan Melayu yang menjadi tali barut.

Mereka bangkitkan, jika Melayu boleh berhimpun demi Melayu sehingga dihadiri Perdana Menteri, kenapa Cina tidak boleh berhimpun?

Geleng kepala saya. Salahkah Melayu berhimpunan di negara asal usul Melayu? Ini negara asal-usul Melayu, tidak salah mereka mahu berhimpun. Begitu Cina di negara China mahu berhimpun. India berhimpun di negara India.

Lagi pun, setiap hari Cina berhimpun dalam institusi pendidikan Cina, Sekolah Cina, Kolej Universiti Cina, NGO-NGO Cina, Dewan Perniagaan Cina, menggunakan bahasa Cina di bumi Melayu, tidak puaskah lagi.

Melayu berhimpun disebabkan hak mereka terancam. Tetapi hak Cina, tidak pernah terancam, sekolah Cina makin bertambah, begitu juga dengan NGO-NGO dan media-media Cina. Ekonomi dikuasai Cina lebih 70 peratus. Apakah semua ini tidak cukup? Cuba selidik, ada apa dengan Melayu?

Wahai Cina-Cina ultra kiasu, cuba kamu selidiki, dan bandingkan, Cina mana di negara-negara di dunia yang sangat beruntung kalau bukan Cina Malaysia?

Pergilah ke China, Thailand, Vietnam, Korea dan lain-lain negara dunia, semua tulisan bahasa mereka didaulatkan, termasuk nombor kenderaan. Negara kita roman semua, habis jawi hilang.

Amat bodoh dan bangang apabila ada ‘orang Melayu’ dengan identiti rambut kuning berkata, tulisan jawi tidak ada bezanya dengan penulisan Sanskrit atau Latin yang telah pupus dari segi penggunaan, pengetahuan dan pendidikan.

Ini manusia atau haiwan? Teringat dialog P Ramlee dengan Nyonya Mansor, “Tidakkah lebih baik kau dilahirkan sebagai seekor haiwan”.

Tulisan jawi berkaitan rapat dengan al-Quran. Jawi mencerminkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu dulu dikenali sebagai bangsa jawi. Tanah ini adalah tanah jawi.

Maksud tersirat dan tersurat jawi, adalah untuk mengenali tulisan dan budaya majoriti Melayu dengan lebih dekat. Kamu yang bersuara tahu ke tidak tulis dan baca jawi? Al-Quran boleh baca atau pernah baca tak ? Jika tidak mari mualaf ini ajarkan. Istighfar banyak-banyak.

Bila kamu kata tulisan jawi ini tidak akan wujud sekiranya ia tidak dicipta dan dipaksa masuk ke dalam kurikulum pendidikan nasional oleh elemen-elemen politik dan birokrasi yang mempergunakan sentimen agama atau etnosentrisme Melayu untuk kepentingan tersendiri dan mengaut simpati politik.

Allahurabbi, saya ni memeluk Islam. Belajar jawi umur 7 tahun. Dengan kenal jawilah saya boleh baca Quran dengan lebih mudah. Tapi, saya memeluk Islam kerana hidayah bukan kerana belajar jawi.

Dengan jawi jugalah saya dapat menambah satu lagi kata kosa tulisan orang Melayu. Dengan khat tulisan jawi ini, saya dapat memahami jiwa Melayu dengan lebih baik.

Kamu ini terlalu jahil dalam memperkatakan soal jawi. Sebab itulah kamu jadi macam ini. Apa juga agenda berkaitan Islam kamu akan tentang. Bila mati nanti, siapa agaknya nak uruskan kubur kamu yer si rambut kuning

Kamu kata tulisan jawi bukan isu Bahasa Malaysia atau isu yang berkaitan langsung dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Bodoh sungguh peguam ini. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan ada kaitan dengan jawi di rambut kuning. Kenapa kamu ni jahil sangat. Rasanya perlu masuk pusat pemulihan akidah di Klawang, Negeri Sembilan. Murakab sangat.

Kamu kata kualiti dan standard Pendidikan Kebangsaan Malaysia telah menurun dengan drastik setelah 30 tahun akibat kesan mempolitikkan pendidikan oleh pihak politik yang berkuasa ke atas sistem pendidikan kebangsaan.

Kamu tak baca ker berita anak Terengganu yang disindir oleh artis pelakon cerita pontianak, tidak tahu bahasa Inggeris, anak ini umur 15 tahun diterima sebagai pelajar PhD di German. Kamu pun belum tentu diterima untuk melanjutkan pelajaran, apatah lagi pergi ke German seperti budak 15 tahun ini. https://www.sinarharian.com.my/article/63707/EDISI/Terengganu/Pelajar-pintar-Terengganu-buat-kajian-PhD-di-universiti-Jerman.

Baca link ini supaya tidak nampak bodoh. Saya yakin pelajar ini tahu tulis dan baca jawi.

Kamu kata keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 daripada Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), menunjukkan kualiti pembelajaran pendidikan Malaysia jatuh jauh di bawah peringkat purata antarabangsa dari segi pembacaan, matematik dan sains.

Itu kata satu organisasi, jika pun benar. Bagaimana dengan organisasi lain. Lagipun kita tidak perlu terikut sangat dengan kajian PISA.

Semua pelajar kita daripada universiti tempatan diterima belajar di universiti seluruh dunia. Jika universiti kita ada masalah sudah tentu ramai yang tidak dapat belajar ke luar negara. Tetapi setakat ini kita tidak ada langsung menghadapi masalah.

Negara China yang mengamalkan dasar tutup pintu pun, kualiti pendidikan mereka hebat. PISA nak kata apa? Kamu nak kata apa?

Pokoknya, kita lebih tahu kualiti yang kita ada. Kamu tidak baca pencapaian anak-anak Malaysia di luar negara hasil pendidikan kebangsaan.

Kenapa kamu langsung tidak pertikaikan sijil UEC yang dikeluarkan oleh NGO komunis ini.

Kamu minta Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia supaya isu jawi ini di tutup dengan serta merta. Kamu siapa rambut kuning? Berapa ramai pengikut kamu? Kamu bukan siapa-siapa. Nak kata berjaya tidak juga.

Mungkin kamu disanjung oleh ultra kiasu, tetapi kamu sangat minoriti untuk desak kerajaan. Kamu hanya insan yang meroyan. Justeru, kerajaan tidak perlu tunduk kepada kumpulan jahil ini. Teruskan agenda membina negara.

Pakar-pakar dalam Kementerian Pendidikan telah memecah otak dan membuat kajian sebaik mungkin. Jalankanlah apa yang difikirkan baik untuk masa depan negara. Asal usul Melayu dan tulisannya perlu diperkenalkan. Jika tidak dalam pemikiran mereka, Melayu juga pendatang sama seperti mereka.

Mereka yang bising bukan siapa-siapa, pakar pun tidak, apa pun tidak, tiba-tiba nak menjerit seolah-olah mereka pakar.

Saya sokong sepenuhnya kata Presiden PAS, menjadi satu kewajipan bagi umat Islam mengisytiharkan jihad terhadap mereka yang menimbulkan kebencian terhadap bahasa asal Melayu. Pihak yang mengambil langkah benci terhadap bahasa Melayu berhuruf jawi hari ini dilihat terlampau ekstrem dan boleh mengundang bencana dan padah yang besar, laksana menjolok sarang tebuan yang sangat besar bencana dan padahnya. Takbir!!!

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)



One thought on “‘Si rambut kuning’ jahil bila cakap isu tulisan jawi – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

  • January 1, 2020 at 6:29 pm
    Permalink

    Alhamdulillah…..ini dia cara kita tunjukan kepada mereka yang anti jawi.

    Bodoh piang sangat. Belajar jawi ada peluang ke masuk Islam. Yang si rambut kuning tu, anak dengan bapa sama aje. Mati esok suruh aje si kafir kominis tu tanam ikut adat dia dengan gendang dan muzik. Menangis dalam baju guni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *