Safiey Ilias Nak Baiki Payudara Dan Mata Pula..”Kali Ini Nak Buat Kuyu-Kuyu Sikit ala Patung Barbie”.
Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.
“Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.
“Dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” katanya.
Menurut Safiey yang popular menerusi lagu Syinta Gila, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.
“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.
“Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.
“Cuma, jikasaya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah,” katanya.
Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan hingga mencecah jutaan ringgit. Ia membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung-HM
Pondan Belanja Sehingga RM2 Juta Untuk Rawatan Kosmetik, Nasihat Jangan Ikut Jejak Langkahnya
Berbelanja besar mahu nampak seperti ‘BARBIE’, pemuda ini sedih tiada wanita mahu sudi bercinta
You must be logged in to post a comment.