Pemimpin PH berdepan dengan Menteri Kewangan Bincang Belanjawan 2021
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat mula tiba di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Ia berlaku selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam berkata, dia akan mengadakan mesyuarat bersama beberapa pemimpin pembangkang untuk membincangkan Belanjawan 2021.
Antara yang dilihat sudah hadir seawal jam 2.40 petang adalah wakil dari PKR iaitu Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail; Anggota Parlimen Subang, Wong Chen; Ketua Pemuda Akmal Nasir dan Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menghadapi cabaran Belanjawan 2021, ‘BOSSKU’ dilantik Boss BNBBC
Jelas Wong Chen, PKR akan mengemukakan enam cadangan kepada Tengku Zafrul berhubung belanjawan tersebut.
“Ada beberapa cadangan yang akan dikemukan (berhubung Belanjawan 2021) dan kami akan keluarkan kenyataan media apabila dah selesai perjumpaan nanti,”
katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Sementara itu wakil dari Amanah pula ialah presidennya Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Wakil DAP yang sudah tiba pula ialah Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan Tony Pua dan Anggota Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.
Mesyuarat tersebut dilaporkan akan berlangsung bermula pukul 3 hingga 5 petang.
Mahathir nafi jumpa Ku Li, Mat Sabu bincang kerajaan perpaduan
Ada sesuatu berlaku? Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat di Hilton KL