Impikan DOLLA ‘Trending’ di YouTube, Twitter

Kuala Lumpur: Dalam tempoh sehari dilancarkan video muzik lagu baru kumpulan Dolla berjudul Impikan mencatat ‘trending’ atau sohor kini nombor dua di platform YouTube Malaysia.

Malah, Dolla yang dianggotai empat wanita jelita iaitu Sabrina atau Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya juga ‘trending’ di Twitter dan ia sama sekali dianggap pencapaian di luar jangkaan mereka.

Mengulasnya, Sabronzo ketika dihubungi berkata mereka terkejut dan tak sangka dengan sambutan baik diterima dalam tempoh sehari video muzik lagu Impikan dilancar, termasuk reaksi dibuat oleh Youtuber Malaysia dan dari luar negara terhadap single itu.

“Memang kami tak duga langsung sambutan diterima sangat baik dan positif. Apapun, kami (Dolla) sudah membuat yang terbaik untuk lagu dan video muzik single Impikan ini.

“Bahkan, untuk lirik lagu versi bahasa Inggeris berjudul Watch Me Glow juga diterima positif. Sekali gus, impian Dolla dengan menghasilkan dua versi single ini dapat memperkenalkan kami ke peringkat lebih jauh di dalam dan luar negara.

“Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong Dolla. Kami kini lebih bersemangat dan teruja untuk menghasilkan karya-karya lagu berkualiti serta ada potensi hingga ke tahap antarabangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas juga mengenai penampilan imej seksi mereka, Sabronzo berkata ia sebenarnya identiti setiap daripada anggota Dolla. Katanya, jika lihat di media sosial pun, itulah imej mereka.

“Apa yang digayakan Dolla pada penampilan kami adalah kehendak masing-masing. Sememangnya, kami semua sudah terbiasa dengan imej begitu (seksi),” katanya.

Mengharapkan peminat Dolla boleh menerima penampilan imej yang diakui ‘seksi’, Sabronzo berkata mereka berempat sentiasa berusaha mengetengahkan kelainan dan keunikan tersendiri Dolla.

Terdahulu, Dolla sebelum ini pernah meraih perhatian media antarabangsa terutama di Korea Selatan selepas dikatakan jelmaan BLACKPINK, ditambah mereka semakin popular dengan single pertama berjudul Make You Wanna.-HM

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=RwVM0jo_0JI[/embedyt]

Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker