Masih terlalu awal untuk sokong Belanjawan 2021, kata PH

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, adalah terlalu awal untuk beliau menjawab sama ada pembangkang akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen 6 Nov ini.

Beliau berkata, ini kerana pertemuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) hari ini dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah langkah pertama ke arah itu.

“Hari ini adalah rundingan pertama. Menteri (Tengku Zafrul) juga menyatakan kesediaan untuk melanjutkan (perjumpaan) mengikut kesesuaian.

“Ia satu proses. Di pihak kita, kita sampaikan pandangan. Ini baru memulakan langkah. Jadi soalan itu terlalu ‘premature’ untuk jawab buat masa ini,” katanya kepada media selepas pertemuan di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. FMT



Main politik lagi Pakatan Harapan. Kalau sokong cakap saja sokong. Kalau tidak sokong cakap saja tidak sokong.

Jangan bazirkan masa dengan berpolitik 24 jam. Rakyat dah muak dah dengan kenyataan sebegini.

Terbukti Muhyiddin ada majoriti tapi terlalu kecil



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker