Covid-19 : 957 kes baru hari ini

Sebanyak 957 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, sementara 972 disahkan pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes yang dilaporkan hari ini adalah penularan dalam negara.

“Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 644 kes diikuti Selangor 225 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, 97 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 249 kes.

Status terkini COVID-19 setakat 1 November 2020

Jumlah discaj baru: 972 kes
Jumlah kumulatif discaj: 22200 kes (68.4%)

Jumlah kes baru: 957 kes
Jumlah kumulatif: 32505 kes
Jumlah kes aktif: 10036 kes

Kes tempatan: 957 kes (671 WN, 286 BWN)
Kes import: 0 kes (0 WN, 0 BWN)

Jumlah kematian: 0 kes
Jumlah kumulatif kematian: 249 kes (0.76%)

Jumlah kes di ICU: 97 kes
Pesakit intubated: 27 kes

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
972 kes sembuh dilaporkan. Jumlah keseluruhan adalah 22,220.

Terima kasih petugas kesihatan!

Selangor lapor 225 kes baharu, 156 daripadanya adalah daripada kluster-kluster sedia ada manakala 16 kes dikesan dalam kluster Usaha (baharu).

39 kes lain adalah saringan kontak rapat dan baki 14 adalah lain-lain saringan COVID-19.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker