Lain daripada yang lain, TV LG OLED Signature ‘boleh gulung’ akhirnya dipasarkan [Video]

KITA biasa mendengar perkataan televisyen pintar atau smart TV. Namun syarikat elektronik terkemuka Korea Selatan, LG, ada idea yang lebih ke hadapan.

LG telah melancarkan televisyen gulung (rollable television) pertama di dunia, namun dalam bilangan yang terhad di Korea Selatan.

LG Signature OLED R berukuran 65-inci itu kini boleh didapati di tujuh buah kedai elektronik di seluruh negara itu dan berharga 100 juta won, atau kira-kira RM362,000.

Skrin televisyen berkenaan boleh ‘digulung’ dan disembunyikan apabila dimatikan. Ia juga boleh dinaikkan separuh untuk berfungsi sebagai dash board.

“Rekaan terbaharu kami akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk tidak lagi terhad dengan keterbatasan dinding, sekali gus membolehkan mereka menyusun dekorasi kediaman tanpa perlu mengasingkan satu ruang untuk skrin hitam besar yang hanya berguna ketika dihidupkan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

TV ini kali pertama dipaparkan kepada umum sebagai prototaip pada 2018. Namun, ia hanya mula dijual tahun ini kerana kesukaran mencari pasaran yang sesuai. Awani

‘Tak ada duit, duduk rumah tengok tv’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker