Gadis Ini Cuba Cover Line Ketika Ditemubual Wartawan dan Akhirnya Kejadian Melucukan Berlaku….[ VIDEO ]
Pengalaman ditemubual dalam televisyen adalah satu pengalaman yang menerujakan kerana seluruh negara boleh melihat kita melalui media perdana dan sosial selain turut mendebarkan kerana pastinya kita takut akan tersalah cakap atau aksi sekali gus memalukan diri.
Malangnya itulah yang berlaku kepada seorang gadis ini ketika ditemubual wartawan. Dalam rakaman temubual yang tular di Twitter, wartawan berita sedang menemubual seorang remaja yang merupakan salah seorang saksi kes jenayah.
Apabila wartawan bertanya lagi jika ada benda lain yang dikatakan mangsa, gadis itu mengulangi bahawa dia hanya mendengar mangsa meminta tolong sebelum berkata “alamak saya ingin terkencing”.:)
Saksikan Video tersebut dibawah ini:-
[videopress hOG8mszf]
Namun wartawan tersebut menyangka gadis itu bercakap tentang apa yang dikatakan oleh mangsa, dan meneruskan temubualnya sehinggalah….
Remaja berkenaan pula dapat dilihat sedang cuba menahan diri dan memberi isyarat mulut kepada seseorang di luar kamera bahawa dia ingin terkencing sambil cuba menjawab soalan-soalan wartawan tersebut.
Dia akhirnya berkata kepada wartawan itu bahawa dia telah terbuang air kecil di dalam seluar, namun wartawan berkenaan dengan selamba berkata ‘tidak mengapa’ dan ‘jangan risau’, sebelum meneruskan temubualnya.
Telah terlambat untuk berbuat apa-apa, gadis itu akhirnya berserah diri dan berkata dia akan tunggu sahaja sehingga wartawan itu habis menanyakan soalan. Sebaik melihat seluar gadis itu basah, barulah wartawan itu segera meminta rehat.
Rakaman yang tular itu membuat netizen gelak pecah perut dan bingung bagaimana mereka membiarkan perkara itu berlaku ketika rakaman dan pasti ini memalukan gadis tersebut kerana tersiar di seluruh negara.
Berikut adalah sedikit komen dari netizen mengenai aksi gadis ini…
Kenapa dia tak blah je…
Buat apa dia berdiri lagi kat situ…
Lepaskan lah dia pergi…
Kredit Himpunan Cerita Lawak
Video Skandal Menteri: 4 Soalan Yang Perlu Wartawan Tanya Kepada PM
You must be logged in to post a comment.