Video Skandal Menteri: 4 Soalan Yang Perlu Wartawan Tanya Kepada PM

Share

Berikut adalah soalan yang perlu ditanya oleh pihak wartawan kepada PM retetan daripada isu skandal menteri Pakatan Harapan.

1. Adakah Tun masih berpegang kepada prinsip mereka yang mengamalkan seks sejenis tidak layak menjadi pemimpin negara seperti mana 20 tahun lalu ketika memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim?

[Tun mungkin akan menjawab biar rakyat tentukan.


Soalan lanjut ialah, “Apakah Tun akan membubarkan Parlimen sebelum menyerah jawatan kepada pihak lain? Ini kerana rakyat hanya berpeluang menentukan bakal PM melalui pilihan raya umum.]

2. Tun berkata video tersebut palsu, namun adakah Tun akan memecat Datuk Seri Azmin Ali sekiranya pihak polis mengesahkan video tersebut tulen?

3. Pada 1998 Tun berjumpa dengan mangsa dan orang yang membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa pada 2019 Tun tidak mengambil tindakan yang sama?


4. Pada 1998 Tun menerima keterangan saksi sahaja. Namun mengapa pada 2019, Tun pantas menafikan ketulenan video tersebut sebelum siasatan polis selesai?

Ab Jalil Backer

Leave a Reply