Take Note! Suami Paling Suka Kalau Isteri Buat Ini

Share

Bukan susah nak jadi yang tersayang di mata si suami. Pandai ambil hati dan jaga akan dirinya dengan ikhlas pasti buatkan si suami makin sayang hari demi hari.

Tapi yang pasti si suami pasti akan melekat seperti magnet terhadap si isteri sekiranya mereka lakukan perkara ini!

Masa Bersendiri


Kadang-kadang si suami juga pasti adalah masalah atau tertekan dengan sesuatu sama ada berkaitan dengan kerjaya atau perkara lain. Sebagai isteri, kita boleh lakukan sesuatu untuk menenangkan si suami. Kurangkan bertanya dan menekan dirinya dengan pelbagai soalan tetapi tunggu sehingga si suami bersedia untuk bercerita. Dan apabila si suami bersedia mahu untuk bercerita, si isteri mestilah menjadi pendengar yang setia.

Mendengar


Lelaki tidak suka akan wanita yang kuat membebel. Sekiranya si isteri dapat mengurangkan bebelan, si suami pasti akan berkongsi setiap masalah dengan mereka. Jika si suami berubah mood untuk berbicara dengan serius, si isteri mestilah beri perhatian. Ada beberapa ketika, komen dan pandangan si isteri tidak diperlukan, tetapi cukuplah mendengar keluhan dan masalah si suami.

Perbuatan


Hanya mengucapkan rasa cinta melalui perkataan sahaja tidak cukup. Walaupun sudah berkahwin dalam tempoh masa yang lama sekalipun, meluahkan perasaan cinta melalui perbuatan sangat disukai oleh si suami. Si isteri boleh lakukan kejutan dengan memberikan hadiah atau menempah makan malam yang romatik di restoran untuk menikmati masa bersama.

Manja


Si suami suka akan si isteri yang pandai mengambil hati dan lebih penting yang pandai memanjakan mereka. Si isteri boleh memanjakan si suami dengan memberikan urutan lembut di bahu atau di bahagian badan yang lain. Si suami pasti bertambah sayang kepada si isteri!

Setia


Ketika rumah tangga sedang bergolak, si suami pasti mahu pasangannya taat dan setia terhadapnya. Si isteri pula janganlah melarikan diri atau tidak mahu bersama untuk mencari penyelesaian. Berikan semangat dan cari jalan penyelesaian walaubagaimana pun. Tindakan ini akan lebih membuatkan si suami percaya dan yakin terhadap si isteri.

Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri mestilah sentiasa berkomunikasi dan setiap daripada mereka mestilah tahu akan peranan masing-masing dan bertindaklah secara rasional. Untuk menjadi yang tersayang tidak lah susah jika dilakukan dalam cara yang betul. Selamat beramal! Wn

Leave a Reply