Tangguh dahulu pilihan raya, kalau tidak boleh patuh 3 prinsip
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan berpendapat pilihan raya umum tidak sesuai diadakan sekarang ketika negara masih bergelut menentang penularan wabak Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) perlu dipinda, termasuk memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk menghalang pilihan raya bagi tujuan kesihatan awam.
“Sudah sampai masa Akta 342 dilihat semula… Jika kita ada kuasa, kita nak ia (pilihan raya) ditangguhkan kerana apa yang penting ketika ini adalah elakkan pergerakan merentas sempadan, sama ada daerah atau negeri bagi mengurangkan penularan jangkitan.
Timbalan Perdana Menteri, Hanya Satu Nama Dimaju Oleh UMNO
“Namun jika ia (pilihan raya) terpaksa dilaksanakan juga, kita sudah siap sedia dengan SOP,” katanya pada sidang media hari iniBagaimanapun Noor Hisham berkata, isu utama yang menjadi cabaran pihaknya adalah ketidakpatuhan semasa pilihan raya, antaranya aktiviti kunjungan rumah ke rumah.
“Oleh itu, jika kita tiada kuasa untuk batalkan pilihan raya, boleh tak semua pihak patuh kepada 3 prinsip, iaitu tidak boleh merentas sempadan, perhimpunan atau berkempen serta kunjungan rumah ke rumah.
“Sekarang kita masih berbincang lagi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada 3 perkara ini boleh dilaksanakan atau tidak,” katanya.
Pilihanraya negeri Sabah pada penghujung Sept lalu dipercayai mencetuskan gelombang ke-3 Covid-19 di negara ini, sehingga kes baru mencecah hampir 4 digit sejak akhir-akhir ini.
Gesaan ‘kesatuan’ semalam gagal, Azmin ‘dibahan’ pemimpin PH
You must be logged in to post a comment.