Pati sukar beri kerjasama – Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui kesukaran untuk memujuk pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) membabitkan Kluster Omadal.

Kluster Omadal membabitkan daerah Semporna, Sabah apabila kes indeks iaitu kes ke-21073 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober lalu dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saringan kontak rapat mengenal pasti 13 kes baharu hari ini menjadikan jumlah individu positif 35 orang membabitkan kluster itu.

“Memang kita kesan kes positif membabitkan Pati susah nak pujuk untuk datang ke PKRC.

PKPB tidak disambung

“Sekarang ini kita lihat bagaimana untuk memujuk mereka dengan berbincang bersama ketua keluarga dan kampung supaya kes yang positif dapat dihantar ke PKRC,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Menurutnya, pada permulaannya KKM mempunyai isu mendapatkan keputusan dengan cepat sehingga memakan masa antara empat hingga lima hari.

“Keputusan mereka kita kena hantar ke Kota Kinabalu (KK) dan kadang-kadang tiada penerbangan di Tawau ke KK.

“Jadi kita kena hantar ikut jalan dan memakan masa, malah ada antara ujian saringan terpaksa dihantar ke Semenanjung…itu memakan masa,” katanya.

Katanya, bagi menyelesaikan masalah itu pihaknya tidak lagi bergantung kepada penggunaan RT-PCR (Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) sebaliknya kini menggunakan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag).

“RTK-Ag membolehkan kita dapat keputusan pada hari yang sama sekaligus kes positif dan mereka yang terdedah terus dapat diasingkan,” katanya.

Covid-19 : 799 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker