Penemuan Suhakam atas kehilangan pastor, aktivis ‘hanya cadangan’, kata polis dan kerajaan

whatsapp sharing button
sharethis sharing button
Isteri Pastor Raymond Koh, Susanna Liew memfailkan saman ke atas kerajaan awal tahun ini untuk memohon perintah yang polis perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan suaminya.

KUALA LUMPUR: Polis dan kerajaan, yang disaman keluarga Pastor Raymond Koh, berkata penemuan inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sekadar “cadangan” dan boleh dipertikaikan di mahkamah.

Dalam respons kepada saman yang difailkan isteri Koh, Susanna Liew, mereka berkata, penemuan itu tidak sah di mahkamah.

“Suhakam tidak membuat penemuan konklusif mengenai dakwaan penculikan itu,” kata mereka dalam kenyataan pembelaan.

“Dalam laporan mereka, Suhakam menyatakan dalam 2 petikan, ‘panel itu berpendapat kehilangan paksa Pastor Koh yang dilakukan negara, iaitu Cawangan Khas’ dan ‘panel itu seterusnya mendapati tiada bukti untuk menyokong hujah itu, seperti yang dicadangkan peguam pastor, yang pastor itu diculik individu atau sekumpulan orang yang bertindak dengan kuasa, sokongan atau persetujuan negara’.”



TPM daripada UMNO imbangi Kabinet PN

Mereka bertegas Liew tidak boleh menerima keterangan saksi inkuiri itu untuk saman sivil, kerana testimoni itu bukan sebahagian daripada prosiding mahkamah.

Tahun lalu, inkuiri itu menyimpulkan Koh dan aktivis Amri Che Mat ialah mangsa kehilangan paksa yang dilakukan polis Cawangan Khas.



Polis turut menafikan dakwaan mereka cuba menghalang inkuiri itu dengan mendakwa seorang lelaki atas pertuduhan mengurung Koh secara salah dan memeras ugut.

“Orang yang dituduh itu, Lam Chang Nam, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas 2 pertuduhan, tetapi dia ‘dilepas tanpa dibebaskan tahun lalu. Kes pastor masih dalam siasatan hingga kini,” kata mereka.

Sebelum ini, Liew berkata, bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar memberitahu inkuri yang Lam tidak terbabit dalam kes Koh.

Beliau turut membangkitkan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas jamuan “thanksgiving” anjuran Harapan Komuniti di dewan sebuah gereja pada 3 Ogos 2011. Harapan Komuniti ialah NGO yang ditubuhkan Koh.



Katanya, susulan serbuan itu, pergerakan beliau dan suaminya dipantau serta mereka ditahan 7 kali di pusat pemeriksaan imigresen.

Mahathir Marah Mukhriz Kehilangan Kerja, Bossku Ingatkan Perkara Yang Penting

Polis bertegas pegawai penyiasat Supari Mohammad tidak menemui kaitan antara serbuan pada 2011 dengan kehilangan Koh.



Dalam samannya yang difailkan awal tahun ini, Liew antara lain memohon perintah supaya pihak berkuasa perlu bertanggungjawab ke atas penculikan Koh dan mereka melakukan misfeasance (salah laku) dalam jawatan asam. Beliau turut menuntut ganti rugi.

Selain Khalid dan Supari, Liew turut menamakan bekas KPN, Mohamad Fuzi Harun, bekas penolong pengarah Cawangan Khas, Awaludin Jadid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed dan Ketua JSJ Selangor, Fadzil Ahmat sebagai responden.

Isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin, memfailkan saman terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Nov 2018 berhubung kehilangan suaminya tahun lalu.

Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan semula saman Liew.



Koh dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya pada 13 Feb 2017, manakala Amri yang merupakan pengasas persatuan kebajikan, Perlis Hope, hilang sejak 24 Nov 2016, selepas meninggalkan rumahnya di Kangar.

Umno tolak syor Rais cadang semula darurat kepada Agong



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker