Mahathir Marah Mukhriz Kehilangan Kerja, Bossku Ingatkan Perkara Yang Penting

PM7 tak patut fokus pada kehilangan kerja seorang pemuda di negeri Kedah sahaja.

PM7 patut sedar bahawa anggaran 40 juta orang di negara ekonomi terbesar juga telah hilang kerja akibat krisis Covid.

Kadar pengangguran rasmi Amerika Syarikat kini sebanyak 14.7% adalah pada paras paling tinggi pernah direkodkan di negara itu.

Kadar tak rasmi mungkin setinggi 25%.

Ini ekonomi terbesar dalam dunia. Ekonomi-ekonomi besar yang lain turut terjejas.

Adakah ini tidak akan membawa apa-apa impak kepada Malaysia?

Bulan lepas sahaja, anggaran 110,000 Rakyat Malaysia juga telah hilang kerja.

Apa mustahak sangat seorang pemuda di Kedah hilang kerja sehingga kamu sumpah nak jatuhkan kerajaan PM8 dengan apa jua cara pada masa krisis Covid ini?

Dia bukan miskin ke mana pun. Dia masih pemilik syarikat tersenarai Bursa Malaysia yang merupakan antara syarikat pembekal utama kepada projek mega NFCP bernilai RM21.6 bilion yang diluluskan dalam masa paling laju oleh kerajaan PH.

“29 Aug 2019: Cabinet approves RM21.6b national connectivity plan”
https://www.theedgemarkets.com/article/cabinet-approves-rm216b-national-connectivity-plan-0

(Peliknya negara hutang kononnya RM1 trilion sudah bankrap. Rakyat suruh ikat perut tapi PH boleh luluskan projek mega RM21.6 bilion begitu laju pulak. Tak sampai 1 tahun pun dah dilulus secara rasmi oleh kabinet PH. Kenapa ya?)

Dia tak layak pohon BPN pun.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker