TPM daripada UMNO imbangi Kabinet PN

UMNO, Dulu Kini & Selamanya

SHAH ALAM – Langkah mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kalangan pemimpin parti UMNO dapat mengimbangi komposisi Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lebih memihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penganalisis politik daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, ketika ini jawatan menteri Kabinet yang penting diberikan kepada menteri daripada Bersatu iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Bandar yang dilihat memberi kelebihan kepada parti itu.

“Walaupun formula itu kelihatan adil kepada semua pihak tetapi tidak memberi kelebihan kepada UMNO yang lebih dominan dalam Perikatan Nasional (PN).

UMNO Tak Minat Bincang Jawatan TPM, Tumpu Belanjawan dan Covid-19

“Jadi, dengan memberikan jawatan TPM kepada UMNO adalah langkah yang dapat mengimbangi semula komposisi jawatan dalam Kabinet dan dapat menghargai peranan UMNO.

“Langkah ini mungkin dapat mengukuhkan hubungan antara parti dan akhirnya dapat menyelesaikan kemelut dalaman PN ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Izani berkata, pemberian jawatan tersebut turut memberi makna yang lebih besar dalam kerjasama politik dalam PN.

“Lagipun, sokongan UMNO kepada PN ketika ini dilihat sangat signifikan dalam kerajaan sekarang dan kalau itu boleh memperkukuhkan kerajaan, maka ia satu perkara yang dialu-alukan,” ujar beliau.

Saya Lebih Utamakan Kerajaan dan UMNO, Bukannya Jawatan – Hishammuddin

Ketika ditanya calon yang sesuai bagi jawatan tersebut, Mohd Izani berkata, calon yang bakal dipilih itu mestilah seorang yang boleh diterima baik oleh semua pihak dan mempunyai imej pemimpin yang diterima oleh semua kaum.

“Individu berkenaan mestilah ada imej sederhana dan tidak terlalu ternampak condong kepada satu kaum sahaja termasuk dihormati ramai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, UMNO mempunyai ramai pemimpin yang berpengalaman dan layak.

“Apa yang penting ketika ini adalah seorang calon yang mempunyai idea yang bernas dan dapat diterima akar umbi UMNO di Malaysia,” katanya.

Beliau turut berpendapat calon yang bakal dipilih mestilah

Bincang calon TPM, UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker