Langkah tepat kembalikan kegemilangan Felda · MYKMU.NET

Langkah tepat kembalikan kegemilangan Felda

Share

SHAH ALAM – Keputusan kerajaan meluluskan cadangan penerbitan sukuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM9.9 bilion merupakan langkah tepat bagi mengembalikan kegemilangan Felda.

Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata, beliau menyambut baik semua keputusan yang dibuat kerajaan demi masa depan Felda.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan Pasukan Petugas Khas (Task Force) bagi menangani isu Felda yang dipengerusikan bekas menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah berperanan dengan sempurna.

“Segala apa yang dicadangkan adalah hasrat daripada akar umbi. Bukan task force yang sengaja direka. Mereka turun ke bawah mengenal pasti masalah dan berjumpa denga peneroka.

“Cadangan yang diluluskan itu adalah hasrat kami warga Felda. Masa depan Felda akan lebih cerah dengan apa yang telah diputuskan. Terima kasih kepada kerajaan dan Felda kerana prihatin memperbaiki kelemahan Felda yang mengalami kekurangan pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Felda, semua sudah celaru – Shahrir Samad

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi melaksanakan pelan pemulihan Felda yang dikemukakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjaman RM9.9 bilion Felda diluluskan

Antara cadangan yang diterima ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang Felda dengan menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan meningkatkan daya berdikari peneroka.

Kabinet setuju cadangan penerbitan sukuk Felda RM9.9 bilion

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Fakhrul Razi Husin juga senada dan mengucapkan syukur dengan pengumuman kerajaan itu.

Menurutnya, apa yang diputuskan diyakini mampu memberi impak terbaik demi kelangsungan Felda dan warganya.

“Dengan pengambilan semula tanah daripada FGV, Felda akan mempunyai sumber pendapatannya semula. Diharapkan selepas ini sumber tanah yang ada ini dapat diurus tadbir dengan baik agar terus memangkin pendapatan utama Felda.

FGV perjelas isu tanah di bawah LLA dengan FELDA

“Terima kasih juga kepada kerajaan atas kepercayaan dan keyakinan untuk memberikan sukuk yang begitu besar kepada Felda.

“Saya yakin kestabilan aliran tunai Felda dapat dikembalikan semula berdasarkan atas apa yang telah diputuskan,

Kembalikan FGV kepada Felda mampu selesai masalah

Leave a Reply