Kembalikan FGV kepada Felda mampu selesai masalah

 

SHAH ALAM – Penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ialah mengembalikan semula FGV Holdings Berhad (FGV) kepada Felda.

Bekas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Datuk Mazlan Aliman berkata, ia merupakan perkara yang diperjuangkan sejak penyenaraian FGV pada tahun 2012 lagi.

“Jika senario bahawa kerajaan sedang pertimbangkan untuk ambil semula FGV adalah benar, ia tidak lari daripada soal kos berkaitan perjanjian FGV dengan Felda dan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

FGV perjelas isu tanah di bawah LLA dengan FELDA

“Mengikut maklumat daripada Felda, pampasan bagi LLA ini berjumlah RM4.3 bilion. Jika Felda ambil alih FGV dan mengusahakan tanah bagi tujuan penanaman kelapa sawit, kita memerlukan unjuran bagi tempoh tiga tahun dan memerlukan sekitar RM6 bilion dan jumlah keseluruhan hampir RM10 bilion,” katanya ketika mengulas cadangan penamatan LLA dengan FGV dan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, walaupun jumlah itu agak besar tetapi kedudukan FGV kekal seperti sebelum tahun 2012 kerana Felda tidak mempunyai pendapatan mencukupi.

“Apabila tidak ada pendapatan, maka Felda bergantung kepada sumber kewangan kerajaan dan tidak mampu membiayai sebab bajet Felda setiap tahun adalah sebanyak RM1 bilion.

“Pendapatan Felda hanya RM300 juta. Berlaku defisit di situ dan beban ditanggung oleh kerajaan. Sampai bila kerajaan sanggup biayai Felda?” katanya.

https://mykmu.net/2017/06/06/kemelut-felda-global-ventures-holdings-fgv/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker