Ubah pemimpin belum tentu UMNO diterima kembali oleh rakyat – Shabery Cheek

PETALING JAYA: Rakyat hanya akan menerima Umno-Barisan Nasional (BN) kembali apabila ia menunjukkan prestasi kerja yang baik dan membuktikan keberadaannya dalam kerajaan beri impak kepada pentadbiran negara, kata Shabery Cheek.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Shabery Cheek menepis hujah Umno perlu menukar pucuk pimpinan untuk kembali diterima rakyat.

“Naratif Perikatan Nasional (PN) yang ‘suci’ dan ‘bersih’ perlu dirungkai. Apakah ia hanya mitos atau realiti? Mereka sebelum ini tak buat apa-apa perubahan atau tidak menunjukkan sebarang prestasi yang hebat pun menerima sokongan ramai kerana naratif itu,” katanya kepada FMT.

Pada PRU15, BN yang ditunjangi Umno terpaksa berpuas hati dengan 30 kerusi, berbanding pesaingnya, PN pimpinan Bersatu yang memperolehi 74 kerusi.

Bersatu dibentuk oleh bekas pemimpin-pemimpin Umno susulan kontroversi 1MDB. Ia membentuk kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH), sebelum beralih kepada PAS untuk membentuk PN.

Selepas PRU15, PAS memimpin kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, manakala tiada menteri besar daripada Bersatu.

Shabery berkata, tiada jaminan perubahan pucuk pimpinan boleh mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

“Paling penting bagaimana pucuk pimpinan terutama yang berada dalam kerajaan hari ini dilihat bekerja dan memberi impak,” kata bekas menteri komunikasi dan multimedia itu.

“Mereka mesti menunjukkan impak setelah negara hilang masa keemasan empat tahun yang lalu, dari segi ekonomi dan pelbagai reformasi institusi bagi mewujudkan kerajaan yang lebih telus dan baik.”

Shabery menambah, PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu kelak akan menjadi kayu ukur sejauh mana peranan BN dalam kerajaan perpaduan dapat menyakinkan pengundi, khususnya orang Melayu.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein yang berkata, Umno tidak boleh salah langkah lagi selepas BN kalah teruk pada PRU15. Katanya, Umno perlu menginsafi kekalahan itu dengan membetulkan kelemahan.

Kekalahan BN pada PRU15 menyusuli siri kemenangan bergaya gabungan itu pada PRN Melaka (21 daripada 28 DUN) dan Johor (40 daripada 56 DUN), serta merapati PN pada PRN Sabah (14 berbanding 17 DUN, daripada 73 kerusi). BN juga menang pada PRK Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis Chini, dan Slim.

Umno dijangka mengadakan perhimpunan agung 2022 pada Januari tahun depan, dengan pemilihan perlu dilakukan dalam tempoh kurang enam bulan dari November lepas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker