Kita Boleh Makan Ke Dekat Restoran Yang Letak Label “Pork Free”?

Bila restoran ada meletakkan label “Pork Free”, terus yang Melayu rasa selamat. Walhal hanya “Pork Free”, bukannya tanda “Halal”, tapi kita main belasah. Hanya kerana kita lihat ada pekerja Muslim di dalamnya maka selamat.

Apa yang dimaksudkan dengan “Pork Free”? Kita kupaskan kemusykilan yang bermain di minda.

Dimiliki Oleh Yang Bukan Muslim


Restoran ini biasanya dimiliki oleh orang bukan Muslim. Mereka tidak mahu mendapatkan sijil halal, mungkin kerana susah, buang masa serta wang ringgit. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan datangnya dari kaum Melayu maka mereka memilih untuk meletakkan logo “Pork Free”.

Tidak Mempunyai Fahaman Tentang Konsep Halal

Pada mereka asalkan tiada babi maka itu memadai untuk yang Muslim. Walhal teknik pengurusan dan penyediaan juga perlu diambil peduli.

Ada sebahagian mereka mahu menjual alkohol. Bahan masakan yang digunakan tidak miliki sijil halal dan diragui. Selalunya pemilik restoran ini tidak betul-betul memahami konsep halal.

Betul, tiada babi yang digunakan, tapi ada cooking wine, ayam yang digunakan diragui sembelihan, makanan dalam tin dari syarikat yang sama megeluarkan produk babi, bahan-bahan yang diimport terus dari China, Taiwan dan sebagainya. Tiada cop halal dari Jakim atau mana-mana cop halal yang diiktiraf Jakim.

Terdesak Sampai Ambil Pekerja Muslim

Disebabkan itu ada restoran yang menggaji pekerja Muslim baik lelaki dan wanita berhijab bekerja di ruang hadapan, supaya Muslim berani untuk datang makan di restoran.


Hakikatnya, chef adalah bukan Muslim, bahan masakan diragui dan tidak halal. Depan nampak ada Muslim, tapi di belakang masih was-was.

Fikirkan, kenapa restoran ini tidak mahu mendapatkan sijil halal Jakim, tapi mahu pelanggan dari Melayu Islam, dan kejinya sanggup mempamerkan logo “Pork Free”. Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu.

Sama-sama kita renungkan.

Ekonomi halal seluas lautan biru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker