‘Makan’ komisen keterlaluan. PM mahu sistem perolehan aset tentera dirombak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu sistem perolehan aset Angkatan Tentera (ATM) dirombak bagi memastikan tiada lagi pihak luar akan dapat mengaut komisen keterlaluan daripada proses perolehan.

Beliau berkata, rombakan itu harus dibuat kerana kesiapsiagaan kelengkapan aset pertahanan negara seperti kapal, pesawat dan kereta kebal tidak selaras dan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi serta kedudukan geopolitik dan strategik Malaysia.

“Mengapa saya pilih sebut perkara ini kepada saudara sekalian kerana bagi veteran, bagi pasukan tentera dan tentunya bagi kita semua rakyat, kesiapsiagaan negara dalam bidang pertahanan itu adalah urusan yang penting.

“Jadi kita anjurkan (sarankan) kepada pimpinan tentera bahawa sistem perolehan mesti dirombak, tidak boleh lagi campur tangan daripada pihak luar.

“Ketua-ketua turus dipertanggungjawabkan untuk memilih kapal perang, pesawat, kereta kebal dan kelengkapan lain yang terbaik dan tidak lagi mengulangi kerenah, merompak melalui komisen keterlaluan sehingga kelengkapan kita ini kurang keupayaan untuk medan pertahanan yang mantap,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM di Wisma Perwira ATM.

Perdana menteri berkata, dalam menjaga kestabilan dan keamanan negara, keupayaan aset pertahanan adalah satu perkara yang tidak boleh dimungkiri (dipandang remeh), walaupun beliau pasti ada pihak akan meremehkan usaha kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan bagi memperkasakan keupayaan ATM.

“Saya ingin beritahu di sini, tanggungjawab kita ialah untuk memberikan satu gambaran dan dasar serta menetapkan dasar agar keupayaan keselamatan dan pasukan pertahanan negara lengkap dan mantap.

“Jadi hentikan cara dan amalan lama. Saya tidak peduli walaupun kita disanggah (dilawan) di luar kerana kita bicara (bertegas) tentang soal tatakelola rasuah dan komisen berlebihan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dalam pada pasukan tentera dan badan berkuasa lain bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara, wajar juga untuk kemudahan asas dan kebajikan golongan berkenaan ditambah baik bagi menghargai pengorbanan dilakukan.

Oleh itu, sebagai menteri kewangan, Anwar memaklumkan beliau meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta tahun ini untuk menaik taraf kelengkapan dan rumah daif pasukan tentera, serta RM40 juta untuk perumahan polis termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kalau tidak, kita minta mereka mempertahankan negara tetapi kita masih dengar kemudahan-kemudahan asas yang tidak lengkap,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker