Semoga Covid-19 tidak dijadikan kambing hitam

Belum pasti apa keputusan sebenar mesyuarat khas kabinet semalam. Spekulasi kuat mengatakan akan berlaku prorogued parliament.

Prorogue parliament bermaksud sidang parlimen digantung tetapi parlimen tidak dibubarkan. Maka perdana menteri tidak perlu digantikan.

Penggantungan ini untuk tempoh tertentu. Maklumat mengatakan kabinet setuju untuk tempoh enam bulan sahaja.



Tetapi apa tujuannya? Untuk muslihat politik atau memerangi Covid-19? Semoga Covid-19 tidak dijadikan kambing hitam.

Kejam Dan Zalim, Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

Bolehkah prorogue parliament memutuskan jangkitan koronavirus? Bukankah lebih baik teruskan sahaja PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan)?



Setelah Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong di Pahang, tiada pengumuman rasmi dibuat.

Justeru teka-teki semalam menambahkan lagi kekeliruan rakyat. Jangan nanti rakyat menuduh kerajaan yang keliru kerana gagal membantu rakyat akibat padah ekonomi.

Kalau betul keputusan semalam ialah prorogue parliament, ia boleh menimbulkan beberapa persepsi lain.

Pertama, kerajaan dapat mengelakkan usul undi tidak percaya apabila Parlimen digantung.



Darurat: Agong akan bincang dengan Raja-Raja Melayu

Kedua, kerajaan mahu memastikan Belanjawan 2021 tidak ditolak melalui undian di parlimen.

Ketiga, Muhyiddin menganggap dakwaan Anwar Ibrahim bahawa dia sudah cukup nombor adalah benar. Justeru prorogue parlimen akan menggagalkan cita-cita Anwar.



Ia turut merencat keputusan Biro Politik Umno yang mahu menghantar terma hitam putih kepada Muhyiddin. Apatah lagi jika membabitkan rombakan kabinet.

Sekaligus pendaftaran Muafakat Nasional mungkin akan tertangguh lama.

Darurat hanya memberikan kuasa tambahan kepada Muhyiddin – Mahathir



Persoalan besar ialah Belanjawan 2021. Perdana menteri akan menggunakan perbelanjaan kecemasan untuk perbelanjaan tahun hadapan.

Belanjawan itu bukan lagi belanjawan rakyat kerana ia tidak dibahas dan diluluskan oleh parlimen. Ia akan dituduh bajet tidak telus.

Setelah BN kalah dalam PRU ke-14, macam-macam kita dengar. Perdana menteri interim, kerajaan perpaduan tanpa parti politik dan terkini prorogue parliament.

Semoga Agong dan Majlis Raja-raja Melayu akan menggunakan kebijaksanaannya. Ampun tuanku.



 

DR PUAD ZARKASHI

Kuasa PM, Kerajaan, Parlimen dan Mahkamah semasa darurat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker