Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu
Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk cadangan menggantung Parlimen dan mengadakan pentadbiran darurat.
Menurut sumber, Al-Sultan Abdullah akan memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi mendapat nasihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai permintaan kabinet tersebut.
Petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Pahang untuk mengadap baginda di di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Dalam pertemuan lebih dua jam, baginda diberi makluman mengenai permintaan kabinet. Bertentangan dengan maklumat awal Tuanku telah bersetuju dengan pemerintahan darurat selama setahun, sumber istana memaklumkan tiada persetujuan sedemikian diperkenankan.
Pada lewat malam ini, laman Facebook Perikatan Nasional turut memaklumkan mengenai situasi tersebut dengan menyatakan Tuanku belum membuat keputusan mengenai permintaan tersebut.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=185577959720034&id=103741264570371
“Makluman dari Putrajaya memaklumkan Tuanku minta PM pulang ke KL dahulu. Keputusan besar sebegini perlukan proses konsultasi dan pengamatan.” SuaraTV
You must be logged in to post a comment.