‘Putera Tidur’ gerakkan jari selepas koma 15 tahun [ VIDEO ]
Riyadh: Seorang putera Arab Saudi yang koma selama hampir 15 tahun memberi harapan baharu buat keluarganya apabila beliau menggerakkan dua jarinya, minggu ini.
Portal berita The New Arab melaporkan tindakan seorang individu menyapa Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud, 33, yang terlantar di katil dan meminta beliau menggerakkan jarinya.
“Hello,” sapa individu terbabit sambil merakam Al-Waleed menggerakkan dua jarinya.
LIHAT VIDEO DIBAWAH
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=UPaqFvSdCis[/embedyt]
Perkembangan itu sekali gus memberikan harapan kepada bapanya, Putera Khalid yang juga seorang taikun perniagaan.
Untuk rekod, sejak terbabit dalam kemalangan di London pada 2005, Al-Waleed bergantung kepada mesin sokongan hayat selepas doktor mengesahkannya mengalami pendarahan serius dalam otak.
Putera Khalid dan isteri, Puteri Mona Riad El Solh enggan menghentikan mesin sokongan hayat pada anak mereka kerana yakin beliau akan sedar satu hari nanti.
Januari tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa mengisytiharkan Al-Waleed dianggap sudah meninggal dunia apabila paru-parunya mengalami pendarahan tidak terkawal.
Kali terakhir Al-Waleed menggerakkan anggota badannya adalah pada 2015. – Agensi-BH
Sumber: The New Arab
6 bulan koma kecederaan otak, remaja ini kekal positif mencari kerja demi kelangsungan hidup