Bukan semua kena bekerja dari rumah di zon merah

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata tidak boleh paksa semua orang bekerja di rumah kerana sedar ada mereka yang perlu berada di lapangan, ketika kawalan bersyarat berkuatkuasa untuk mengawal jangkitan Covid-19.

Beliau berkata kawalan pergerakan mungkin boleh berjaya dari segi memutuskan rantaian Covid-19 kerana ia cuba mengurangkan pergerakan dan interaksi orang ramai, namun sektor-sektor tidak boleh ditutup sepenuhnya.

Beliau ditanya pemberita kenapa hanya pekerja sektor awam dan swasta tertentu sahaja yang dibenarkan bekerja di rumah.

Mengambil contoh sektor ekonomi, Ismail mengingatkan ada rakyat yang bergantung hidup pada perniagaan.

“Tapi mereka yang kerja kilang dan jabatan kerajaan, ada dalam kalangan mereka sebahagiannya tidak perlu berada di pejabat,” katanya pada sidang media hari ini.

“Benar orang persoal kenapa pekerja kedai makan, pusat beli-belah dibenarkan ke tempat kerja. Sebab mereka tak boleh kerja di rumah. Kalau dia pelayan kedai makan, dia kena datang ke kedai makan,” tambahnya.

Begitu juga halnya mereka yang bekerja pasar-pasar. “Ia masih tertakluk pada kita sebagai indivdu sama ada ingin menggunakan kebebasan tersebut tanpa memikirkan kesihatan kita atau tidak,” katanya.

“Walaupun ada kebebasan, seperti ketua pengarah kesihatan pesan setiap hari…keluar bila perlu dan ada urusan penting sahaja,” katanya.

Kerajaan mengarahkan 1 juta pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan dan penyeliaan di kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) melibatkan Selangor, Sabah, dan Wilayah Persekutuan supaya bekerja di rumah.

Sementara itu, Ismail menyangkal tuduhan mendakwa Malaysia tidak melakukan sanitasi di kawasan penularan Covid-19.

Operasi sanitasi dilaksanakan sejak 30 Mac lalu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), merangkumi sejumlah 135 zon di seluruh negara.

Sejak Mac lalu juga, katanya, sebanyak 10,653 operasi sanitasi tempat awam dilakukan, dengan terbaru semalam yang membabitkan 33 operasi di 6 zon merah, 11 zon kuning, dan 11 zon hijau di 11 negeri.

“Ada video diedar dan sedang tular yang menunjukkan gambar di negara luar yang buat sanitasi, dan dikatakan kita tidak buat seperti yang dilaksanakan beberapa negara luar.

“Tuduhan kerajaan tidak lakukan sanitasi ini tidak benar,” katanya. FMT

Bank ditutup bagi proses sanitasi dan langkah pencegahan COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker