6 bulan koma kecederaan otak, remaja ini kekal positif mencari kerja demi kelangsungan hidup

Setelah mengalami kemalangan dan terlantar koma dalam tempoh waktu yang lama bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh seseorang. Lebih-lebih lagi apabila kudrat yang sedia ada muai terbatas disebabkan kecederaan yang dialami.

Namun, menerusi perkongsian yang penuh inspirasi daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wong Fook Meng, kisah pemuda yang baru sahaja seminggu bekerja di pam minyak sangat mengharukan.

Jumpa pekerja pam minyak yang sangat ramah

Menurut Wong Fook Meng, dia telah berjumpa dengan pekerja pam minyak yang cukup ramah dengannya. Selepas ditanya, pemuda tersebut memaklumkan baru sahaja seminggu bekerja disana.

Hal ini kerana sebelum bekerja dia telah mengalami kemalangan sehingga mengalami kecederaan otak ketika berusia 18 tahun. Menurut juruwang di kaunter pam minyak, pemuda tersebut pernah koma 6 bulan dan sedang berada dalam fasa pemulihan.

Sentiasa positif supaya proses pemulihan cepat berlaku

Dalam pada itu, Wook Fook Meng turut menyatakan terinspirasi dengan kisah pemuda tersebut kerana tetap positif dalam hidup kerana doktor yang merawatnya berharap agar dia terus positif supaya proses pemulihan lebih cepat berlaku.

Sangat menginspirasikan

Muat naik itu juga mendapat perhatian warganet sehingga dikongsikan hampir 3 ribu pengguna media sosial itu dan mendapat 10 ribu tanda suka sejak posting tersebut tular dua hari lepas.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang murni di Facebook Wook Fook Meng. Mereka mengakui terinspirasi dengan kisah pemuda tersebut dan berharap agar dia terus positif dalam hidupnya supaya proses kesembuhannya dapat dipercepatkan.

Berfikir positif akan mudahkan kehidupan anda

Jangan terus putus asa

Sumber: Wong Fook Meng, OhMyMedia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker