PCM kecam Ronnie Liu hina Raja-Raja Melayu
Parti Cinta Malaysia (PCM) mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek dari DAP mempersoalkan sistem Raja-Raja Melayu negara ini dengan sistem beraja di negara Thailand.
Presidennya, Huan Cheng Guan berkata, apa motif dan mesej yang hendak disampaikan kepada umum oleh pemimpin DAP itu dengan mempersoalkan institusi diraja dari dua negara berkenaan.
“Apa mesej yang anda cuba hantarkan, Ronnie Liu?
“Yang di-Pertuan Agong kami menjaga rakyat dan kasihnya kepada rakyat tidak berbelah bahagi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung hantaran Facebook Ronnie Liu yang membuat posting, “Sekarang di Bangkok. Mereka (rakyat Thailand) mengatakan tidak kepada raja”, dengan memaparkan tiga keping gambar demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat negara itu.
Status hantaran Facebook Ronnie Liu yang sempat ditangkap layar oleh netizen sebelum dipadamkan oleh pemimpin DAP itu.
Bagaimanapun, Ronnie memadamkan status berkenaan, tetapi sempat ditangkap layer oleh netizen dan memviralkan posting berkenaan di media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
Menurut Cheng Guan, Yang di-Pertuan Agong banyak menghabiskan masa dalam menitikberatkan masalah negara dan rakyat, bukan seperti pemimpin DAP apabila berada di luar negara, terus mengkritik kerajaan sendiri.
Sementara itu, sebuah NGO, Armada Malayu Malaysia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, semalam minta pihak berkuasa menyiasat pemimpin DAP itu yang dianggap biadab apabila menghina institusi diraja ketika berada di luar negara.
Setiausaha Agungnya, Nazri Che Arr meminta polis mengekstradisi ADUN Sungai Pelek itu yang dipercayai masih berada di Thailand selepas mengeluarkan kenyataan menghina Raja-Raja Melayu. MG
Hina Raja, Laporan polis terhadap Ronnie Liu dibuat
You must be logged in to post a comment.