Hina Raja, Laporan polis terhadap Ronnie Liu dibuat

Ekstradisi ADUN Selangor melarikan diri selepas hina Raja-Raja Melayu

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa membuat ekstradisi ke atas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor dipercayai melarikan diri ke luar negara selepas mengeluarkan kenyataan didakwa menghina Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Agung Armada Malayu Malaysia, Nazri Che Arr menegaskan, pihak polis perlu menyiasat keberadaan ADUN daripada DAP itu kerana melalui Facebook miliknya dipercayai berada di negara jiran.

“Kami merasakan sebahagian kenyataannya menghina institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.



“Sekiranya suspek berada di luar negara mohon pihak PDRM ambil tindakan mengekstradisi suspek,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai merujuk kepada hantaran terbaru ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Thian Khiew di Facebook miliknya Sabtu lalu.

Antara kandungan hantaran Facebook milik Ronnie Liu yang kini berada di Bangkok, mereka mengatakan tidak kepada raja, sambil memuat naik tiga foto dipercayai demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat Thailand.



Selain itu, sekiranya usaha ekstradisi itu gagal dilakukan, NGO ini mendesak Parlimen untuk meminda undang-undang berkenaan perlucutan kewarganegaraan terhadap mana-mana individu yang menghina Raja-Raja Melayu.

“Sekiranya tindakan ini tidak berjaya, kami menyeru Dewan Rakyat meminda dan menggubal akta bagi membolehkan perlucutan kerakyatan ke atas individu yang sengaja membuat provokasi.

“Tindakan sama perlu diambil ke atas mereka berlindung di luar negara dan tidak mahu memberi kerjasama untuk membela diri atas tuduhan yang dihadapi,” ujarnya.

Selain itu, pihaknya turut menggesa pihak polis menyiasat penularan video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan seorang lelaki India mengeluarkan kenyataan menghasut orang ramai menjatuhkan institusi DiRaja.



Antara kenyataan itu ialah terbang semua topi Raja-Raja Melayu kita, tak perlu kita ada Raja-Raja lagi, kasi buat 100 peratus negara demokrasi, tak perlu Raja-Raja kita.

Turut dinyatakan tehadap institusi DiRaja ialah ‘makan gaji macam tak ada kerja, cukai rakyat juga dan keistimewaan semua kasi batal, memang fedup laa dengan Malaysia ini, tolong berubah laa.

“Laporan kami meminta pihak polis membuat siasatan di atas motif tersebut di mana kami merasakan ini adalah unsur hasutan kepada Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia

“Kami membuat laporan polis ini demi menjaga kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).



“Ia juga menghindarkan mana-mana pihak khususnya ahli politik daripada menggunakan pengaruh mereka untuk menghasut rakyat membenci institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara,” katanya lagi. MG

Ronnie Liu kecam Mahathir lagi dan pertikaikan Azmin.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker