Jaya Grocer klia2 ditutup selepas 2 pengawal keselamatan positif Covid-19

Premis Jaya Grocer di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditutup sementara selepas 2 pengawal keselamatan sumber luar disahkan positif Covid-19.

Pengurusan Jaya Grocer berkata, mereka mengambil inisiatif untuk membuat ujian saringan terhadap semua kakitangan sumber luar di seluruh Lembah Klang sejak minggu lalu.

Tambahnya, semua pengawal keselamatan sumber luar didapati negatif Covid-19, bagaimanapun mereka akan diganti sementara dengan kakitangan tempatan.

“Jaya Grocer klia2 ditutup bermula 20 Okt sehingga notis selanjutnya. Semua kakitangan dari premis ini akan menjalani ujian swab,” katanya dalam kenyataan semalam.



Katanya, pembasmian kuman dan pembersihan sudah dijalankan di premis terbabit selepas ditutup semalam.

Beberapa minggu lalu, kes Covid-19 dilaporkan di pelbagai pusat beli-belah di Lembah Klang berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). FMT

Saringan Covid-19 di KLIA, KLIA2 sesak [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker