Ramkarpal dakwa Mahathir Perdana Menteri GAGAL [Video]

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.

Dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Selasa, beliau berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan ahli kabinetnya ketika membuat keputusan untuk meletakan jawatan nombor satu itu pada 24 Februari lalu.

Malah, peguam itu secara sinis melontarkan sindiran terhadap Dr Mahathir jika benar mahu kembali memerintah negara ini.

PM mesti bertanggungjawab atas kekalahan PRK – RamKarpal

“Dia telah meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Dia mengatakan bahawa dia melakukannya kerana kononnya dia tidak lagi mempunyai majoriti pada waktu itu. Tak apalah, dia bukan kisah pun untuk berunding dengan kerajaannya atau kabinetnya.

Sekarang dia mahu jadi PM lagi?

“Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu bertanya kepada diri saya, tidak ada orang lainkah?” kata Ramkarpal dalam kenyataannya itu.

Beliau turut melontarkan pertanyaan sama ada terdapat keperluan untuk melantik orang yang sama di mana menurutnya gagal menunaikan janji.

“Adakah kita akan melantik orang yang sama yang berjanji kepada negara bahawa dia akan menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim pada suatu ketika, tetapi memberitahu kita hari ini bahawa dia (Anwar) adalah (pilihan) salah untuk negara ini?

Isu main audio di Parlimen, Ramkarpal berdepan tindakan tatatertib

Mengapa beritahu kami jika anda fikir dia (Anwar) tidak sesuai? Untuk raih undi?” soalnya lagi.

Di hujung perenggan tersebut juga, Ramkarpal membuat kenyataan yang agak pedas terhadap bekas perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu.

“Saya pernah mempercayai beliau! Saya menghormati apa yang telah anda lakukan pada masa lalu.

“Tetapi anda telah menghancurkan badan kehakiman, menghumban orang ke dalam penjara kerana menentang anda. Masih ingat tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ?” kata Ramkarpal lagi.egeri (ISA) ?” kata Ramkarpal lagi.

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker