Rais Yatim, Jangan Galakkan Politik Gila & Jahat · MYKMU.NET

Rais Yatim, Jangan Galakkan Politik Gila & Jahat

Share

Rejam Merejam Selepas Setahun..

Rais Yatim cadang “Politik Rejam Merejam” hendaklah dihentikan dulu. Dia cadang gencatan senjata. Lepas setahun baru mula balik.

Politik rejam merejam adalah politik jahat. Berpunca kerana dendam, syak wasangka dan tamak kuasa.

Nampak Rais Yatim menggalakkan politik jahat. Cuma dia minta jangan buat sekarang. Tunggu setahun lagi.

Buat jahat tidak kira masa. Jahat tetap jahat. Kenapa Rais Yatim fikir begitu. Dia orang lama. Dia orang berpengalaman. Dia Speaker Dewan Negara.

Siapa Rais Yatim Nak Ajar Tok Mat Hasan?

Biro Politik UMNO buat keputusan supaya Kerajaan PN mesti diurus atas prinsip konsensus parti bukan lagi oleh ahli parlimen secara individu.

Ia bertujuan untuk hentikan politik rejam merejam. Ia mesti dimuktamadkan oleh perjanjian hitam putih di mana wujud mutual respect, ada accountability dan trust.

UMNO tidak mahu terus direjam seperti di PRN Sabah. Ia mesti dihentikan. Sebab itulah UMNO mencadangkan terma baru secara hitam putih.

Justeru cadangan Rais Yatim adalah pelik. Hentikan rejam merejam sekarang. Lepas setahun merejam balik. Itu Politik gila namanya.

Puad Zakarshi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

UMNO Parti Kalah? Cerminlah Diri Dahulu Rais

Leave a Reply