Kanser kolon pembunuh nombor satu lelaki

Tahun lepas dunia dikejutkan dengan pemergian pelakon watak Black Panther, Chadwick Boseman.

Adiwira berkulit hitam pertama di dunia itu, bukan mati di tangan Thanos tetapi disebabkan kanser kolon.

Boseman, 43 didiagnos menghidap kanser kolon tahap tiga, namun tiada siapa pun mengetahui penderitaannya itu sehinggalah selebriti yang sedang mencipta nama itu menghembuskan nafas terakhir.

Apabila berita kematiannya disahkan sebagai kanser kolon, carian mengenai penyakit itu dalam bahasa Melayu menerusi enjin carian, menjadi popular.

Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Luqman Mazlan, data Kementerian Kesihatan mendedahkan kanser penyebab kedua tertinggi kematian di Malaysia dengan klanser kolon disenaraikan sebagai kanser tertinggi dalam kalangan lelaki dan kedua tertinggi bagi wanita.

Dr. Lukman Mazlan

“Punca sebenarnya penyakit ini masih belum diketahui sepenuhnya. Walaupun ia dikaitkan dengan kecenderungan genetik, tetapi yang kuat diperhatikan ialah ia bersangkutan dengan cara pemakanan individu yang banyak makan daging merah dan berlemak.

“Kanser ini boleh menyebabkan pendarahan sewaktu membuang air besar atau berlaku perubahan tabiat membuang air besar untuk beberapa minggu atau bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Strategi menangani kanser kolon paling berkesan adalah melalui pengesanan awal. Ia boleh dilakukan dengan menjalani ujian kolonoskopi atau ujian najis fecal occult blood.

Rawatan seterusnya membabitkan pelbagai kaedah antaranya pembedahan dan kemoterapi. Kadangkala kaedah radioterapi turut digunakan jika kanser tersebut berada di rektum.

“Sesiapa sahaja dalam kalangan orang dewasa boleh menghidapnya. Bagaimanapun, ia jarang berlaku pada individu bawah umur 50 tahun,” katanya. Dr Luqman turut menjelaskan, berdasarkan trend semasa, rata rata pesakit yang didiagnosis sudah berada pada tahap tiga dan empat.

Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga

Rawatan
Mengenai rawatan, Dr Luqman berkata, kanser jenis itu biasanya akan dirawat mengikut tahap penyakit.

Secara lazimnya, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang bahagian di mana kanser itu terbentuk. Setelah seseorang pesakit disahkan mengalami penyakit kanser kolon atau rektum, rawatan seterusnya sering kali melibatkan pembedahan.

“Ini boleh berlaku dalam situasi kecemasan (emergency surgery) atau pembedahan dirancang dan diperjadualkan (elective surgery). Jenis pembedahan bergantung kepada lokasi ketumbuhan itu di dalam usus.

“Tambahan pula, pembedahan ini bukan sahaja melibatkan pemotongan usus sahaja malah juga saluran darah dan kelenjar limfa yang berdekatan dengan kanser tersebut. Ini kerana kanser sering kali merebak melalui saluran darah dan kelenjar limfa,” katanya.

Kaedah pembedahan dibahagikan kepada cara terbuka (open surgery) atau cara tebukan laparaskopik (laparoscopic key-hole surgery).

Open surgery melibatkan pembedahan dengan luka menegak yang panjang berbanding dengan luka pembedahan cara laparoskopik. Selain daripada perbezaaan antara luka, masa untuk sembuh dan tahap kesakitan yang dialami pesakit adalah kurang jika pembedahan laparoskopik dilakukan.

“Oleh sebab ini, sebahagian pakar bedah kolorektal sering melakukan cara pembedahan laparoskopik untuk pesakit-pesakit mereka dan hanya akan membedah cara terbuka jika kanser tersebut besar atau keadaan pesakit tidak mengizinkan.

Pembedahan usus merupakan pembedahan yang besar yang dilakukan di bawah bius am (general anesthesia) dan pesakit perlu bersedia untuk dirawat di wad untuk lebih kurang tujuh hingga 10 hari.

Masa pembedahan boleh menjangkau empat hingga enam jam,” jelasnya.

Selepas pembedahan, pesakit perlu berehat sepenuhnya dan pola pemakanan dan senaman fisioterapi akan dibuat secara berperingkat supaya pesakit dapat sembuh dalam masa terdekat.

Mengenai komplikasi pembedahan, katanya antaranya kebocoran usus, pendarahan dan jangkitan pada paru-paru dan luka pembedahan.

“Walaubagaimanapun, kadar komplikasi ini adalah rendah dan tidak sepatutnya menghalang pesakit daripada mendapat rawatan pembedahan yang sewajarnya,” katanya yang memberitahu, usai pembedahan, bahagian usus dibedah akan di hantar ke makmal patologi untuk pemeriksaan terperinci.

Rawatan susulan seperti kemoterapi akan bergantung pada tahap dan jenis kanser tersebut.

Warga Israel Terlalu ‘Ghairah’ Mahu Melawat Malaysia

Ketumbuhan kecil
Menurut beliau, kanser usus selalunya bermula dengan satu ketumbuhan kecil bukan kanser (benigna) yang wujud pada dinding usus yang dikenali sebagai polip adenoma.

“Sesetengah polip boleh berkembang menjadi kanser kolon malignan dari masa ke masa jika ia tidak dikeluarkan semasa kolonoskopi (prosedur melihat lapisan dalam usus).

“Jika hal itu berlaku (tidak dikeluarkan), sel yang telah berubah menjadi sel kanser usus besar akan ‘menceroboh’ dan merosakkan tisu sihat yang terdapat berhampiran tumor utama sekali gus menyebabkan timbulnya banyak komplikasi yang tidak diingini,” katanya.

Kata beliau, selepas tumor berkembang, sel-sel kanser boleh bergerak melalui sistem darah dan limfa sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.

“la (sel kanser) juga boleh tumbuh di beberapa tempat, menyerang dan memusnahkan tisu sihat yang lain di seluruh badan.

“Satu satu rawatan kanser itu semakin rumit jika pengesanan dan rawatan pada peringkat awal tidak dilakukan,” ujarnya.

Najib marah dikencing Peter Anthony


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Pertikai isu Palestin, ADUN DAP – intelek rendah?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker