Tiada Rombakan Kabinet Dalam Masa Terdekat
Perdana Menteri tidak bercadang membuat sebarang rombakan kabinet dalam masa terdekat kerana masih berpuas hati dengan prestasi barisan kabinet sedia ada.
Menurut sumber rapat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat rombakan kabinet tidak sepatutnya timbul kerana barisan sedia ada baru menjalankan tugas tidak sampai setahun.
Khabar angin ini bertiup kencang setelah SuaraTV melaporkan antara permintaan Biro Politik UMNO ialah mengadakan rombakan kabinet.
Bagaimanapun SuaraTV difahamkan Muhyiddin telah memberi tahu wakil UMNO dalam perjumpaan minggu lepas bahawa beliau tidak bercadang melakukannya tahun ini.
Muhyiddin juga dikatakan memberitahu wakil-wakil UMNO bahawa PRU akan diadakan pada antara Mac-Jun tahun hadapan, jadi sebarag rombakan kabinet sebelum PRU adalah sangat tidak praktikal.
Bagaimanapun dalam perjumpaan yang dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Muhyiddin meminta UMNO memberi permintaan bertulis atas semua perkara yang disebut.
Ahmad Maslan kemudiannya memaklumkan kepada media, permintaan bertulis hanya akan dibuat selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selasa ini. Suara.tv
You must be logged in to post a comment.