Pelajar tingkatan tiga dirogol lelaki baru dikenali

JEMPOL: Seorang pelajar tingkatan tiga dirogol lelaki baru seminggu dikenali menerusi Facebook di sebuah hotel di Bahau tengah malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata mangsa berumur 15 tahun dilaporkan mengikut suspek berusia 32 tahun dengan menaiki kereta pada jam 12 tengah malam.

“Pada jam 8 pagi suspek dan mangsa keluar hotel sebelum suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban.

“Suspek kemudian menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hafiz berkata, suspek yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada jam 6.55 petang semalam.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum mangsa ditahan wad di hospital berkenaan.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan siasatan, mangsa tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Bahau manakala kedua ibu bapanya sudah bercerai” katanya-BH

Remaja 16 tahun dirogol bergilir-gilir 30 lelaki di bilik hotel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker