COVID-19: KKM nafi dakwaan KakNa
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam tadi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh seorang yang dikenali sebagai KakNa.
Beliau mendakwa seorang isteri rakan kepada suaminya yang balik dari Sabah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan virus COVID-19 walaupun telah dua kali negatif ujian calitan.
KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerang sistem pernafasan adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar mendapat pengesahan terlebih dahulu berita yang mereka terima sebelum menyebarkan di media sosial agar tidak mengelirukan orang ramai dengan berita palsu.
BERNAMA
Fitnah pegawai menteri, kementerian ditahan SPRM, KKM buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.