PKPB, kerajaan perlu lanjut moratorium dan pelan baru subsidi gaji pekerja

Share

Dengan perintah sekatan terbaru di Lembah Klang yang semakin menambah kesengsaraan mereka, pengusaha hotel dan persatuan pelancongan utama Malaysia menggesa kerajaan supaya menerima cadangan berkenaan sistem subsidi upah 2 peringkat.

Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) berkata, mereka sebelum ini mencadangkan mekanisme dengan subsidi lebih tinggi kepada sektor itu kerana dianggap sektor paling teruk terjejas akibat pandemic Covid-19.

Ketua pegawai eksekutif MAH Yap Lip Seng memberitahu FMT, sistem berperingkat itu memerlukan subsidi 50% untuk pekerja yang berpendapatan sehingga RM4,000 dan 30% bagi mereka yang antara RM4,001 hingga RM8,000, selain menambah sistem itu digunakan di Singapura, Kanada, Australia dan UK.

“Kerajaan perlu terlebih dahulu mengakui bahawa industri pelancongan dan hotel masih sangat lemah dan rapuh. Ia sangat sensitif terhadap perubahan keadaan dan tidak mungkin dapat bertahan dengan sendiri.

“Subsidi gaji sekarang tak cukup. Setakat ini, jumlah yang sama diperluaskan ke industri lain, padahal sektor pelancongan lebih awal terjejas, lebih banyak terkesan dan akan lambat pulih,” katanya.

Yap berkata, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) terbaru dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermaksud hotel di Lembah Klang kehilangan semua bakal pelanggan.

Beliau berkata, larangan perjalanan antara negeri untuk negeri terbabit akan menyaksikan sebahagian besar perniagaan dari kawasan pelancongan negeri lain turut terjejas, sementara tamparan lain terhadap hotel di Lembah Klang adalah sekatan acara dan mesyuarat di premis terbabit.

“Tetapi secara keseluruhannya, PKPB di 3 wilayah itu juga memberi gambaran bahawa Malaysia bergelut untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19, dan kebanyakan (orang) hanya menangguhkan atau membatalkan terus rancangan perjalanan mereka,” katanya.

Katanya, MAH juga meminta Putrajaya melanjutkan dan meningkatkan potongan elektrik kepada para pemegang taruh pelancongan dan juga mengkaji mekanisme moratorium pinjaman bersasar.

Skim semasa, katanya, memberi kawalan kepada bank komersial dengan kebanyakannya menawarkan penstrukturan semula yang mengenakan lebih banyak faedah, selain menambah ia akan menyebabkan pemegang taruh berhutang lebih banyak.

“Pada mulanya kita sasarkan pertengahan 2021 sebagai tempoh permulaan bagi pemulihan (untuk sektor pelancongan), tetapi melihatkan situasi semasa dan penangguhan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kita tak nampak ada petanda akan pulih hingga akhir 2021.”

‘Cari kaedah lain, bukan laksana perintah sekatan’

Presiden Matta, Tan Kok Liang yang senada dengan Yap, berkata, industri itu memerlukan sistem berperingkat untuk bertahan dan mengekalkan pekerja.

Tan juga berkata, Putrajaya perlu memikirkan cara lain untuk mengurangkan kesan wabak, bukannya melaksanakan perintah sekatan.

Beliau memberitahu FMT, penguatkuasaan yang lebih ketat dan pendidikan awam yang meluas adalah pilihan terbaik kerana ancaman perintah sekatan akan melembapkan kegiatan ekonomi.

“Sangat mengecewakan apabila ini berlaku ketika pelancongan domestik baru sahaja mahu bangun. Dengan sekatan perjalanan antara daerah, permintaan untuk pengembaraan santai merosot teruk.

“Tanpa bantuan kewangan dan lanjutan moratorium daripada kerajaan, kita hanya menunggu masa sahaja sebelum kebanyakan pengendali pelancongan ditutup.” FMT

Najib gesa bank lanjut moratorium pinjaman secara automatik

Leave a Reply