Youtuber kontroversi Singapura, Amos Yee, didakwa miliki pornografi perempuan bawah umur

SINGAPURA: Youtuber kontroversi dari Singapura, Amos Yee, yang kini berlindung dalam suaka di Amerika Syarikat (AS) sejak 3 tahun lalu, didakwa terlibat dalam pemilikan bahan pornografi membabitkan individu bawah umur, lapor akhbar Chicago Sun-Times.

Amos yang pernah dihukum penjara di Singapura pada tahun 2015 dan 2016 atas kesalahan mengeluarkan kata-kata menghina penganut Kristian dan Islam, dilaporkan membuat pertukaran gambar-gambar bogel dan ‘ribuan mesej’ dengan seorang remaja perempuan 14 tahun dari Texas.

Semua itu dilakukan ketika Amos tinggal dalam suaka di Chicago, lapor akhbar itu pada 16 Oktober.

Jika didapati bersalah, status suaka Amos boleh ditarik balik dan dihantar pulang ke negara asal.

Akhbar Chicago Sun-Times yang memetik kata pendakwa raya Cook County, melaporkan bahawa rantaian mesej Amos tkepada remaja itu antara April dan Julai tahun lalu termasuk juga gambar bogel yang dimintanya dari remaja itu. Amos juga menghantar gambar bogelnya sendiri kepada perempuan itu.

Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya dalam mesej itu, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsApp yang digunakan mereka untuk berkomunikasi.

Begitupun, selepas hubungan mereka semakin renggang, remaja perempuan itu telah membuat aduan kepada satu pihak yang ‘berminat membongkar kisah pedofilia’, seterusnya membawa kepada laporan rasmi kepada pihak berkuasa.-Awani

 

Adakah orang Cina suka pornografi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker