Muhyiddin hilang kawalan jika tunduk dengan UMNO – Khalid Samad

IPOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kehilangan kawalan di dalam kerajaan jika tunduk kepada tuntutan UMNO.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, walaupun masih menjadi perdana menteri, tidak mustahil lama kelamaan beliau akan kehilangan kuasa.

“Kehendak rakyat semua sudah ditolak ke belakang. Sekarang ini, semua atas dasar rundingan.



“Bulan ini, dia (UMNO) minta ini, enam bulan kemudian, dia akan minta yang lain, dan sebagainya, sebab Muhyiddin sudah hilang kawalan,” katanya di sini, hari ini.

Khalid ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tahunan ke-5 Amanah Negeri Perak di sini.

Pada Jumaat, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO wajar diberi jawatan timbalan perdana menteri di samping beberapa jawatan menteri yang strategik.

Ini kerana, katanya, parti itu mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak.



Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah amat kecewa dan sedih dengan keadaan politik negara sekarang sehingga politik dipandang sesuatu yang kotor, untuk kepentingan diri serta membebankan rakyat-Awani

 

Khalid Samad Mengata Siapa Gila Nak Jadi PM, Mahathir atau Anwar?



Related Articles

2 Comments

  1. Pak Lid ni frust sebab AI takde nombor2 bertuah. Jadi berkecailah harapan dia nak jadi menteri sekali lagi. Kesian Pak Lid, jurucanang AI ini. Hihihi.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker