Indikator sokongan terhadap PM

SHAH ALAM – Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada November ini menjadi indikator sejauh mana sokongan ahli Parlimen terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Penganalisis politik daripada Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ketika pembentangan bajet itu nanti, undian akan dijalankan untuk menentukan sama ada belanjawan tersebut diluluskan atau tidak.

Beliau berkata, sekiranya mendapat keputusan majoriti mudah, ia bermakna sokongan terhadap Muhyiddin masih kukuh dan kestabilan kerajaan mampu untuk dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jika sebaliknya berlaku, maka terdapat beberapa andaian yang boleh dibuat termasuk Perdana Menteri boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan bahawa sokongan terhadap beliau sudah tidak ada lagi.

Anggap sogokan politik, Kuli tolak walaupun Ini jawatan yang ditawarkan kepadanya..

“Selain kemungkinan kerajaan baharu dibentuk berdasarkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sendiri atau Muhyiddin sendiri boleh mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya sidang Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baharu diadakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pembentangan Belanjawan 2021 yang disifatkan sebagai penentu nasib kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Muhyiddin.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, apa yang bakal berlaku pada kali ini sememangnya akan memberikan kesan terhadap perjalanan politik Muhyiddin.

Menurutnya, jika Muhyiddin tidak dapat mempertahankan belanjawan berkenaan melalui angka atau undian sebagaimana yang diharapkan dalam Parlimen, ia secara tidak langsung menyaksikan Ahli Parlimen Pagoh itu sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti.

“Maka mengikut peruntukan Perlembagaan iaitu Perkara 43, Muhyiddin hendaklah meletakkan jawatan dan membubarkan Parlimen.

“Oleh itu, Belanjawan 2021 ini memang akan menjadi satu landasan yang kritikal bagi Muhyiddin dan jika perkara itu berlaku, ia akan menguatkan lagi naratif pembentukan kerajaan baharu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘Muktamadkan dalam Perhimpunan Agung’

“Bagaimanapun, ia juga bergantung jika Anwar benar-benar mempunyai angka seperti yang didakwanya sebelum ini,” katanya.

Bagi penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib pula, beliau menyifatkan Belanjawan 2021 bukan sahaja penentu kepada nasib Muhyiddin, malah kepada Malaysia dan sistem bernegara.

Beliau berkata, Malaysia berkemungkinan akan lumpuh sekiranya Belanjawan 2021 tidak disokong, sekali gus akan mengakibatkan semua jentera kerajaan juga akan terhenti.

“Jadi, Muhiyiddin perlu memastikan pembentangan Belanjawan 2021 itu disokong oleh sekurang-kurangnya 112 ahli Dewan untuk memastikan urusan harian kerajaan boleh dijalankan menjelang 1 Januari 2021 dan kerajaan dapat dikekalkan.

“Justeru, apa yang diharapkan agar golongan politik yang bertaraf penggubal undang-undang boleh berfikir secara munasabah demi negara dan rakyat,” katanya.

Try.. try.. You Bukak Baju! You Polis Mana?! [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker