Mantan Speaker sokong cadangan gantung Parlimen

KUALA LUMPUR – Mantan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyokong cadangan bekas Speaker Dewan Negara yang juga Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran yang mahu Parlimen digantung sehingga pandemik Covid-19 berjaya ditangani.

Katanya, persoalan yang menjadi tanda-tanya kini ialah sama ada bajet yang bakal dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (BN) akan mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen atau sebaliknya, tidak diluluskan.

Ujar Ketua Umum USNO itu, dua kemungkinan bakal berlaku sekiranya bajet tidak diluluskan, iaitu Parlimen akan dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan mengikut Perkara 43(2) atau Parlimen akan dilanjutkan usianya atau’Prorogue’ mengikut Artikel 55(2).

“Dalam soal ini, saya sependapat dengan Presiden MIC (Vigneswaran) dalam kenyataannya yang mana beliau berpendapat bahawa adalah sebaik-baiknya Parlimen tidak dibubar (Prorogue).

“Akan tetapi, biarlah ‘Proroging’ itu dibuat bukan atas alasan untuk memanjangkan usia kerajaan PN, tetapi atas alasan bahawa keselamatan rakyat Malaysia adalah lebih penting daripada pilihan raya,” jelasnya.

Menurut beliau, menerusi penggantungan Parlimen, permainan politik di Malaysia akan dapat dipinggirkan buat sementara waktu sehingga wabak Covid-19 dapat dikalahkan.

“Setelah wabak Covid-19 telah dapat ditangani, maka barulah Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan seperti yang dicadangkan oleh Presiden MIC,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vigneswaran mencadangkan agar Parlimen digantung untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negara ketika pandemik Covid-19 masih menular. – K! ONLINE

 

Gantung parlimen untuk kestabilan negara, kata Presiden MIC

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker