PANAS! Larang Hampiri Kereta Terbakar, Abang Bomba Jadi Mangsa Tumbuk [Video]

 

Kajang: Niat murni anggota bomba mengelak seorang lelaki daripada cedera dengan menghalangnya daripada menghampiri kereta yang terbakar di Balakong di sini, bertukar sebaliknya apabila anggota terbabit ditumbuk lelaki itu.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan lebih agresif dengan mengamuk di lokasi menyebabkan beberapa anggota bomba yang berada di tempat kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran kereta itu terpaksa memberkasnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi. Anggota membuat pemadaman dan kereta itu musnah 70 peratus.

“Bagaimanapun, semasa operasi itu, seorang lelaki bertindak agresif terhadap anggota yang cuba menghalangnya daripada mendekati kenderaan.

“Dia tiba-tiba mengamuk dan memukul anggota tanpa sebab. Kemungkinan kereta terbakar itu miliknya dan anggota turut menemui parang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, lelaki itu ditahan dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Isteri cedera ditumbuk dan dipukul suami

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan

Dalam pada itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap siasatan segera dijalankan berhubung insiden anggota bomba ditumbuk orang awam ketika memadamkan kebakaran kereta di Bandar Tun Hussein Onn, hari ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pengorbanan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai barisan hadapan seharusnya diiktiraf masyarakat.

Beliau mengakui terkilan dan terguris selepas melihat rakaman video kejadian itu.

“Anggota JBPM yang dipukul oleh orang awam itu sudah membuat laporan polis.

“Saya berharap siasatan dapat dijalankan segera dan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masyarakat seharusnya menghormati tugas anggota bomba yang terbukti memikul tanggungjawab berat bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan kemudiannya mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek didapati positif dadah.

[VIDEO] Samseng Jalan Raya Belasah Lelaki Gara-Gara Bunyi Hon, Isteri Luah Geram!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker