Isteri cedera ditumbuk dan dipukul suami

KULIM – Seorang operator kilang cedera di bibir selepas ditumbuk suaminya tanpa sebab di sebuah rumah di Taman Kemuning di sini semalam.

Akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa berusia 45 tahun menerima enam jahitan di bibirnya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian muka tanpa sebab oleh suaminya sebaik sahaja dia pulang ke rumah.

Menurutnya, mangsa juga dipukul dengan sebatang besi dianggarkan berukuran 30.48 sentimeter (cm) di bahagian belakang badan.

“Selepas itu, mangsa melarikan diri dengan menunggang motosikal dan tampil membuat laporan di balai polis.

“Suspek berusia 48 tahun kemudiannya ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di hadapan rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis juga merampas sebatang besi dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

“Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri ini sering bergaduh dan mangsa yang kini ditahan di wad sebuah hospital juga mengakui dia sering dipukul suaminya sebelum ini.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut kes di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. Sinar

Gadis Ini Sanggup Habiskan RM15K Hanya Untuk Besarkan Bibir [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker