‘Muhyiddin akan tewas pada pembentangan bajet jika Anwar ada majoriti’

Presiden Parti Putra, Ibrahim Ali mencadangkan agar sidang parlimen khas diadakan sebelum pembentangan belanjawan 2021 bagi membuktikan sokongan diterima Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali gus merungkai kemelut politik negara.

Katanya, berkata cara itu adalah yang terbaik bagi kerajaan menafikan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dia berkata, jika benar Anwar memiliki majoriti, Muhyiddin pasti akan tewas dalam pembentangan belanjawan bulan depan.



“Yang terbaik adakan sidang Parlimen khas, buktikan majoriti yang dimiliki, jangan main politik rakyat merana.

“Rakyat nak tahu, saya percaya kalau Anwar betul ada sokongan, pada pembentangan belanjawan nanti… belanjawan Muhyiddin tidak akan lulus dan dia kalah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Muhyiddin ‘berdagang’ raih sokongan



Oleh itu, Ibrahim berkata, saranan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya Parlimen menerima usul undi tidak percaya yang dikemukakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu didibenarkan.

“Saya nak tergelak bila baca alasan Speaker Dewan Rakyat menjawab surat Ku Li… chicken (ayam) ke apa ni?” kata Ibrahim secara sinis.

Semalam Tengku Razaleih yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mendedahkan suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat bertanyakan tentang alasan Parlimen menolak usul undi tidak percaya dikemukakan Mahathir.

Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.



Anwar juga dalam sidang media mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?



 

Dalam pada itu, Ibrahim turut mencadangkan supaya Seri Paduka menitahkan perisytiharan darurat dan menggantung Parlimen jika iklim politik negara terus hangat dan bergolak.

“Peristyiharan darurat boleh dilakukan kerana keadaan politik negara yang tidak stabil. Kedua-dua pihak tidak mempunyai sokongan yang padu.

“Agong mempunyai kuasa untuk melantik jawatakusa Mageran seperti mana 13 Mei dan tempoh masa dua tahun gunakan untuk menyelesaikan masalah negara termasuk isu Covid-19, agenda ekonomi dan sebagainya,” katanya lagi.



Muhyiddin selesai berunding dengan UMNO malam tadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker