PKPB, MB Selangor jangan bangkang sebarangan, kata Najib

Kenapa kerajaan PH Selangor tolak PKP Bersyarat?

Kes baru Covid di Selangor lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur dan dalam trend menaik.

Selangor catatkan 69 kes baru hari ini. MB Selangor masih tak bimbang?

Selangor dengan Kuala Lumpur ada kebergantungan amat rapat.

Ianya lebih mudah bagi usaha kerajaan membendung penularan Covid jika kedua-dua Kuala Lumpur dengan Selangor dilaksanakan PKPB secara seerentak.

Lagipun, ini adalah PKP Bersyarat – bukan PKP yang amat ketat yang kita lalui pada bulan Mac dan April lalu.

Jangan bangkang hanya sebab nak bangkang.

PKP Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah Sabah yang bukan dalam PKPD (diperketatkan) adalah berbeza dengan apa yang kita mengalami pada bulan Mac dan April lalu.

Tujuan PKPB adalah untuk mengurangkan risiko Covid menular semasa aktiviti sosial, keagamaan dan hiburan yang tidak berasaskan ekonomik.

Larangan rentas daerah/negeri bagi tujuan bukan ekonomik itu juga dilaksanakan untuk hentikan Covid merebak ke negeri-negeri lain supaya kita tidak menjangkit orang-orang tua kita di kampung.

Pejabat-pejabat, kilang-kilang, shopping mall, gerai-gerai, kedai mamak masih dibuka dalam tempoh PKPB ini.

Makcik Kiah juga boleh teruskan bersenyum menjual goreng pisang di tepi jalan.

Sebab itu, jangan panik.

Dan jangan panic buying pula.

Tiada keperluan berebut-rebut ke Tesco untuk masuk stok.

Namun, semua disarankan untuk duduk di rumah main FB dan tonton TV jika tiada keperluan mendesak keluar.

Bila keluar, ingat pakai face mask dan sering basuh tangan dengan sabun.

Bila pulang ke rumah, segera bermandi dan tukar baju.

Memandangkan taska juga ditutup, majikan-majikan juga disarankan untuk benarkan pekerja mereka kerja dari rumah atau membenarkan ibubapa bergilir bekerja di tempat kerja supaya boleh jaga anak.

Cuma dua minggu sahaja. Kita sama-sama bersabar.

Najib Razak

Keputusan PKPB Kerajaan Persekutuan pada Selangor mengejutkan – MB Selangor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker