Elak jadi Mangsa Scammer, ‘Semak Mule’ Dulu Sebelum Anda Buat Pembelian Online

Aplikasi ini membantu pengguna membuat semakan awal nombor akaun bank dan telefon.

Orang ramai khususnya pengguna dalam talian dinasihatkan menggunakan portal dan aplikasi ‘Semak Mule’ bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan

Menurut sumber, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, aplikasi berkenaan mula diperkenalkan pada Januari tahun lalu dan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

“Polis mengambil inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih Semak Mule untuk membolehkan masyarakat semak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih.

“Masyarakat boleh akses aplikasi ini di mana jua mereka berada untuk membuat semakan awal sebelum mereka menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Kes hanya diselesaikan di pejabat sama ada di balai polis, mahkamah atau pejabat tanah dan bukan dengan panggilan telefon

Jelas beliau lagi, orang ramai digesa untuk sentiasa berhati-hati dengan modus operandi penjenayah siber itu.

Hal ini kerana pada 2019 sahaja, sebanyak 28,508 kes penipuan atas talian dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.4 bilion direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pihaknya juga tidak menggunakan panggilan telefon dengan orang awam untuk menyelesaikan apa saja urusan berkaitan dengan akaun, tangkapan ataupun kes.

Cara check nombor akaun scammer melalui aplikasi dan portal Semak Mule

Tidak ramai orang tahu kewujudan portal PDRM ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).

CCID portal atau Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:

Nombor akaun bank
Nombor telefon

Berikut di bawah adalah cara membuat semakan nombor akaun bank scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:


Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini:
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Pilih bahasa yang ditawarkan
Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu

Untuk semak nombor akaun bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online

Pastikan pilih kategori akaun bank
Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri

Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah

Klik semak maklumat
Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan

Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:

Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

Ini pula cara membuat semakan nombor telefon scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM:

Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini:
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Pilih bahasa yang ditawarkan
Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu

Untuk semak nombor telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online

Pastikan pilih kategori nombor telefon
Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri

Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
Klik semak maklumat

Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan

Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:

Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

Orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi ini boleh memuat turun Semak Mule di platform Google Playstore.

Elakkan jadi mangsa scammer, berhati-hatilah di dalam membuat urusan pembelian dan pembayaran di online! Says

Cuci duit haram, ‘Datuk Seri’ panjat pagar cabut lari dari polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker