Jalan rosak, banyak lubang boleh bikin hati jadi panas
KALAU hendak dibandingkan jalan raya Malaysia dengan jalan raya di negara dunia ketiga, memang kita semua harus rasa bersyukur sangat sebab kualiti jalan raya di negara kita jauh lebih baik.
Bagaimanapun, kalau sudah hari-hari tayar kereta langgar lubang, ia memang buat hati kita ‘panas’ dan naik darah serta menyumpah seranah pihak yang bertanggungjawab menjaga kualiti jalan raya.
Apatah lagi jika ada dalam kalangan kita yang baru beli sport rim kereta yang harganya mencecah ribuan ringgit.Merak Jalanan masih ingat suatu ketika dahulu, ada sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Usaha Ikatan Silaturahim Brotherhood atau ringkasnya Brotherhood yang begitu gigih menampal lubang di jalan raya.
KKM buat saringan besar-besaran pekerja asing di lokasi panas Covid-19
Namun, suara Brotherhood kini sudah tenggelam dan tidak lagi kedengaran aktif menampal lubang di sana sini.
Kita amat berharap pertubuhan bukan kerajaan yang berhati murni seperti mereka dapat kembali semula dan menjuarai isu-isu yang remeh bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya usaha mereka ini perlu diberikan pujian dan disanjung tinggi.
Jika kereta rosak kerana terlanggar lubang, ia masih boleh dimaafkan dan kenderaan dibaiki semula tetapi bagaimana kalau ada yang mati kerana mengalami kemalangan akibat jalan yang tidak sempurna.
Merak Jalanan hendak ingatkan kepada orang yang bertanggungjawab bahawa segala tugas yang diamanahkan kepada kita itu akan ditanya di akhirat nanti.
Jika kita ikhlas dan amanah dalam tugas, maka yakinlah bahawa kita akan mendapat keberkatan dalam kehidupan pada masa ini dan alam yang seterusnya.
You must be logged in to post a comment.