Kapal layar mewah versi terbang

Kapal layar mewah versi terbang

ROM, ITALI – Sebuah syarikat pereka pengangkutan berkonsepkan air, Lazzarini Design Studio, memperkenalkan sebuah kapal layar terbang mewah yang direka sebagai pengangkutan udara, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kapal layar diberi nama Air-Yacht itu mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada bot namun apa yang membezakannya adalah dua belon udara yang boleh membuatkannya terbang seperti pesawat.

Kedua-dua belon udara tersebut dihubungkan menerusi empat jambatan karbon pada setiap sisi menuju ke struktur tengah.

Panjang keseluruhan bagi struktur gentian karbon udara adalah 150 meter (m), dengan lebar 80 m, manakala dek utama berukuran 80 m panjang dan 10 m lebar.

Selain itu, terdapat sebuah ruang bawah tanah yang boleh terapung membolehkan kenderaan itu mendarat di atas air apabila perlu.

Lima buah suite untuk penumpang turut dibina di setiap bahagian belon udara manakala suite pemilik kapal pula ditempatkan di bahagian tengah dengan pemandangan 360 darjah.

Dikuasakan oleh bateri ultra ringan dan beberapa panel solar, kapal layar terbang itu boleh terbang pada kelajuan maksimum 60 knots dalam tempoh lebih 48 jam.

Pemilik Lazzarini Design Studio, Pierpaolo Lazzarini berkata, Air-Yacht tidak akan digunakan untuk tujuan pengangkutan awam atau pelancongan tetapi direka untuk seorang pemilik persendirian. K Online

Kapal layar mewah versi terbang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker