Kerajaan diseru beri moratorium semula

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memohon kerajaan untuk meneliti cadangan pemberian moratorium secara automatik sehingga Disember ini.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, perkara itu perlu memandangkan ketika ini masih ramai usahawan yang terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Katanya, dengan keadaan akibat penularan Covid-19 yang masih tidak menentu, ramai pengusaha restoran belum dapat memulihkan perniagaan mereka.



“Kita minta sekurang-kurangnya moratarium hingga Disember ini. Ia pasti akan membantu pengusaha restoran yang belum dapat bangkit sepenuhnya.

“Presma ada sekitar 11,000 ahli dan sebahagian besarnya terjejas teruk sejak awal PKP lalu,  penangguhan moratarium salah satu cara yang telah menyelamatkan perniagaan mereka” katanya.

PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober



Selain itu beliau berkata, Presma akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober ini.

Katanya, sejak awal PKP dimulakan Mac lalu, Presma bersama kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 demi kebaikan bersama.

“Presma juga akan patuh dengan segala keputusan kerajaan mengenai operasi di restoran demi manfaat semua pihak.

“Kita ada kira-kira 2,000 ahli Presma di lembah Klang dan bersedia menerima apa juga arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung PKPB ini,” katanya.



Manfaatkan wang moratorium

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker