PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 malam 14 Okt hingga 27 Okt 2020.

PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

Sidang khas hari ini mendengar pengesahan KKM berhubung peningkatan kes-kes positif di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat
meningkat di Gomabak dan dearah-daerah lain.

Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala
Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.

• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Berita lanjut menyusul

Berita Lanjut Menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker